Sanggup Kayuh Basikal Hantar & Ambil Anak Sekolah, Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak

Pengorbanan seorang ayah sememangnya tiada tandingan. Walaupun kelihatan diam dan bersahaja, namun dia sangatlah mahukan yang terbaik untuk keluarga tercinta malah tidak sanggup melihat anak-anaknya berada dalam keadaan susah.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah sanggup mengayuh basikal untuk menghantar dan mengambil anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian Cik Puan Gojes di laman Facebook, dia terserempak dengan lelaki tersebut yang membonceng anaknya yang baru pulang daripada sekolah.
“Besarnya, pengorbanan seorang ayah, sebak tengok pakcik ini ambil anak dari sekolah naik basikal sahaja, kaki si anak tiada tempat nak diletak jadi memang akan lenguh tergantung macam itu dan nak kena galas beg sekolah berat lagi.”

“Ingatkan rumah mereka dekat dengan sekolah tetapi kami terserempak lagi dekat simpang lampu isyarat yang agak jauh, selepas kami terserempak kami pergi sekolah ambil anak sulung, pakaian pakcik tu pula seperti baru balik dari kerja,” tulisnya di dalam video berdurasi 50 saat itu.
Difahamkan lokasi kejadian di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perkara tersebut, manakan tidak, sudah lah penat berkeja namun lelaki ini tidak melupakan tanggungjawabnya bahkan mengutamakan keselamatan anaknya.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Antara komen warga maya:

“lihat lah tangan seorang ayah membesarkan kita..”

“kalau rasa kita dah susah, tapi ada lagi orang yang lagi susah”

“kasih ayah sepanjang hayat.. tak terbalas walau seguung emas.. hadiahkan ayah mu dengan kejayaan”

“Ya Allah dengan tiba2 air mata aku mengalir.. hebatnya seorang ayah”

“the real boyfriend”