DALAM kehidupan berumahtangga, kejujuran dan kepercayaan menjadi kunci utama kebahagiaan.
Namun, tidak dinafikan juga ada individu yang tergamak berlaku curang kepada pasangan mereka.
Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai kisah seorang suami miang mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian itu, dia memuatnaik bukti perbualan Direct Message (DM) Instagram yang diterimanya tempoh hari.
Difahamkan, lelaki itu menghantar mesej kepadanya memaklumkan isterinya sedang bekerja di luar kawasan (outstation).
Selain memuji kecantikan wanita itu, dia turut meminta nombor telefon bagi membolehkan mereka meneruskan perbualan menerusi WhatsApp.
Saya cuma nak berkawan. Nampak awak macam lawa. Nak nombor phone boleh, nak WhatsApp,” tulis lelaki itu.
Lawa tok hang, kenal pun tak. Sorry la eh baik pergi layan isteri tu. Kesian anak-anak tu. Sorry tak ada WhatsApp,” balas wanita itu sebelum memberi alasan ingin pergi kerja untuk mengakhiri perbualan.
Respon balas wanita itu disambut dengan jawapan “ala sombong” oleh lelaki berkenaan, kecewa niatnya tidak dilayan.
Saya cuma nak berkawan. Nampak awak macam lawa. Nak nombor phone boleh, nak WhatsApp.
SUAMI CURANG
Pekongsian semula paparan skrin perbualan itu di Twitter dengan kapsyen “Sumpah hilang respect laki macam ni” sehingga kini menerima lebih 600 ulang kicau (Retweet).
Malah, ia turut dihujani komen netizen yang mengecam tindakan lelaki itu yang cuba bermain kayu tiga sewaktu ketiadaan isterinya.
Selain itu, ramai yang turut berjenaka mengenai cara lelaki itu menghantar mesej kerana ejaan yang digunakan cukup kebudak-budakan dan disifatkan seperti orang tidak bersekolah.
Cuba tanya Instagram bini dia apa, lepas tu awak hantar screenshot chat korang. Mampos laki dia.
Dia tak reti mengeja ke apa?
Uish teruknya laki tu. Pantang free je habis semua dia ngorat,