Sebak Lihat Pasangan Warga Emas Gigih Jual Air Kelapa Di Tengah Panas, Peniaga Ini Mohon Orang Ramai Beri Sokongan

Dengan keadaan ekonomi yang agak mencabar di masa kini, ramai di antara kita yang bekerja secara berlebihan demi mencari rezeki. Bahkan, terdapat segelintir warga emas yang masih bekerja.

Meskipun sudah berusia, mereka tetap gigih melakukan pekerjaan. Melihat keadaan mereka, tentu kita akan mudah berasa bersimpati. Di usia mereka yang semakin tua, seharusnya mereka berehat sambil meluangkan waktu bersama keluarga tapi buat pasangan warga emas ini lain pula. Melihat keadaan mereka, seorang peniaga berasa sebak.

Sebak Lihat Pasangan Warga Emas Gigih Jual Air Kelapa Di Tengah Panas, Peniaga Ini Mohon Orang Ramai Beri Sokongan
Menjual seperti biasa, seorang peniaga ceobriyaniajun telah memuat naik sebuah video bagi mengajak orang ramai ke kedainya untuk membeli jualannya.warga emas gigih jual air

Sambil itu, dia turut mengambil peluang untuk meminta pada penonton yang ingin mengunjungi gerainya untuk membeli dari pasangan warga emas yang menjual minuman tak jauh darinya.warga emas gigih jual air

Menurutnya, pasangan tersebut akan menolak menolak gerai mereka setiap hari untuk meniaga dan ada kalanya minuman mereka tidak kehabisan dan mereka hanya pulang dengan RM20 atau RM30 sahaja dalam sehari.warga emas gigih jual air

Tambahnya, minuman yang dijual oleh pasangan itu sangat murah, satu cawan hanya RM2 sahaja. Malah, jika orang ramai yang lalu di sekitar gerainya tidak mahu membeli nasi briyani yang dijualnya tidak mengapa, asalnya belilah dari warga emas tersebut.

sumber;ceobriyaniajun