Sedut sampai nak habis, ibu terkejut jumpa kaca dalam air oren dibeli depan sekolah anak… Teka-teki ais tak cair akhirnya terjawab!

APABILA melintasi di kawasan sekolah, pastinya banyak gerai-gerai penjaja kecil dibuka dengan pelbagai jualan.

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang menjemput anak-anak pulang, pastinya tergoda melihat air dan makanan dijual mereka.

Walaupun ada kalanya rambang mata, namun aspek kebersihan harus menjadi asas utama sebelum membuat pilihan.

Seperti dikongsikan seorang ibu dikenali sebagai Syaa Sabri di Facebook, dia mendakwa menemui bendasing dalam minuman yang dibeli luar perkarangan sekolah anaknya.

Tanpa menyatakan lokasi tepat, menurut Syaa bendasing berkenaan merupakan serpihan kaca!

“Setelah habis minum, saya hairan kenapa ais tak cair padahal air dah habis. Makin pelik bentuk ais nampak lain… biasanya bulat-bulat leper macam tu.

“Apabila teliti betul-betul dalam gelas, rupanya ia adalah serpihan kaca. Serpihan itu juga ada yang dah masuk dalam mulut sebab sangkaan saya ia ais batu yang boleh dikemam,” ujarnya dalam hantaran dibuat.

Pada hantaran sama Syaa turut berkongsi beberapa foto penemuannya itu.

Setelah yakin ia adalah serpihan kaca, perkara pertama yang menerpa di fikiran ialah tentang keselamatan anak-anak.

“Tengok ke kaca tu, Allahuakhbar… Allah saja yang tahu perasaan masa tu. Berdebar dan runsing sebab Naura dan Aisyah (anak-anak Syaa) pun minum air oren tu.


Gelas air yang didakwa mengandungi serpihan kaca.

“Kemudian saya cepat-cepat kumpulkan dan tengok semula gelas air yang dibeli. Sah! Semua gelas penuh kaca dan ada yang jadi serpihan kecil.

“Ya Allah cuainya penjual. Trauma dah rasa, tengok air batu pun dah takut,” katanya.

Selain bimbang akan keselamatan diri dan anak-anak, wanita itu turut memikirkan tentang keadaan pelajar-pelajar lain yang turut membeli di kedai sama.

Sah! Semua gelas penuh kaca dan ada yang jadi serpihan kecil.

Ujarnya, dia tidak dapat membayangkan sekiranya kaca yang memasuki perut ini akan melukakan usus sehingga berdarah.

Pada hari hantaran dibuat, Syaa menyatakan bahawa dia dan anak-anaknya sudah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kerana bimbang seandainya kaca itu memasuki bahagian usus.

Hantaran tular itu meraih perhatian netizen yang bimbang akan keselamatan dan kesihatan Syaa dan anak-anaknya.

“Tak report polis ke kak? Bahaya takut nanti ada orang lain pula yang mati.

Komen netizen di Facebook.


“Pelik juga mana boleh ada kaca? Kalau kata seller sengaja letak tak mungkin la pula. Adakah dalam ais? Aduh macam-macam fikir ni.

“Macam pelik, gelas plastik tiba-tiba ada kaca. Mohon report dan masa sama saman.

“Minta periksa badan, kaca boleh rosak organ dalaman,” komen netizen pada posting asal.

sumber;mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *