Sepatutnya bukan penjara tempat saya tengok cucu – Razali

KLUANG – Tiada insan suci yang tiada masa silam dan tiada insan berdosa yang tidak ada masa depan.

Kata-kata itu sesuai menggambarkan setiap individu yang melakukan kesilapan wajar diberi peluang berubah.

Bagi pesalah jenayah, hukuman yang diterima merupakan pengajaran yang menginsafkan.

berkongsi kisah dan pengalaman dua penghuni Penjara Kluang, Johor apabila mereka antara 45 penghuni yang terpilih untuk sertai Program Jalinan Kasih anjuran pihak penjara berkenaan.

Jalinan Kasih merupakan program tahunan melibatkan perayaan tertentu di mana penghuni diberi peluang bersua muka dengan keluarga tersayang.

Melangkah masuk di pintu utama Penjara Kluang, hati tersentak apabila melihat penghuni berpelukan sesama keluarga sendiri.

Tidak kurang ada yang mengucup cucu yang pertama kali dapat ditemui.

Bagi Razali (bukan nama sebenar) penyesalan yang dialami kini membangkitkan semangatnya untuk terus berubah dan mendekatkan diri kepada tuhan.

 

Banduan lelaki, Razali (bukan nama sebenar) memeluk erat keluarga tersayang setelah sekian lama tidak bersua muka pada Program Jalinan Kasih ketika di Penjara Kluang, Johor.

Baginya, penjara bukan sahaja tempat hukuman malah peluang untuk menyucikan jiwa seterusnya keluar dari penjara sebagai insan lebih baik.

“Ini baru pertama kali dapat tengok cucu, kesal sebab tidak sepatutnya cucu saya datang tengok saya di tempat macam ini.

“Seharusnya mereka tidak layak datang ke sini tetapi sebab kehendak mereka nak tunjuk cucu saya tapi ada perasaan kesal.
“Ya, pasal itu saya tak nak dia tengok saya dekat sini tetapi anak-anak nak sangat tunjuk saya.

“Penjara pada mata orang mungkin tempat menghukum tapi sebenarnya kalau kita masuk dalam sini kalau kita cari kehidupan mungkin kita akan dapatlah.Syukur alhamdulilah saya diberi ruang duduk dalam bilik tahfiz, saya dapat peluang mengaji, berpuasa baru masuk juz satu sebab saya di sini pun setahun lebihkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Maisarah (bukan nama sebenar) sudah enam tahun di penjara atas kesalahan dadah dan ia cukup menginsafkan buat gadis berusia 25 tahun itu.

Banduan wanita, Maisarah (bukan nama sebenar) membaca semula nota yang dikarang untuk keluarga tersayang setelah hampir 6 tahun tidak bersua muka pada Program Jalinan Kasih ketika di Penjara Kluang, Johor.

Setiap hari dia menanti waktu untuk dibebaskan meskipun tempoh penjara hanya akan berakhir kurang dua tahun lagi.

Dia sudah tidak sabar mahu bertemu keluarga terutama ibu bapanya kerana rindunya terhadap mereka semakin menebal.

Kesilapan masa lalu sudah terbalas, justeru dia mengharapkan peluang lebih baik diberikan masyarakat kepadanya selepas keluar dari penjara.

Antara banduan wanita memeluk erat keluarga tersayang selepas diberi peluang untuk bersua muka pada Program Jalinan Kasih ketika di Penjara Kluang, Johor.

Wanita itu mahu menjadi tukang jahit setelah dibebaskan kelak sekaligus menebus kesilapan usia remajanya yang tersalah pilih kawan hingga terjerat dalam jeriji besi.

Namun banyak yang berubah apabila Penjara Kluang banyak memberi didikan dan ilmu kepada penghuni hingga mereka mampu berdikari apabila keluar kelak.

“Saya dapat jalani SPM jadi daripada saya zero saya sudah pandai jahit baju sekarang.Saya rasa terharu sebab saya sudah lama tak jumpa mereka.

“Sebelum ini saya macam perjumpaan biasalah perjumpaan semuka saya dapat jalinan kasih ini kira pertama kalilah. Saya nak minta maaf dengan mereka, banyak kesalahan saya buat.

“Kalau diberi peluang saya nak buktikan yang saya sudah berubah dan nak bahagia macam dulu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Kluang, Abdul Kadir Jailani Ismail berkata, pihaknya mahu
Pengarah Penjara Kluang, Abdul Kadir Jailani Ismail bercakap kepada media mengenai Program Jalinan Kasih ketika di Penjara Kluang, Johor.

Seterusnya, menangkis diskriminasi dan persepsi negatif terhadap banduan yang dibebaskan.

“Program Jalinan Kasih ini adalah sebahagian kelas pemulihan walaupun banduan menjalani hukuman tetapi penjara tidak memisahkan mereka dengan keluarga dan dalam ramai-ramai ini kita juga ada peraturan tertentu.

Antara 45 penghuni penjara yang berjalan menuju ke sel mereka selepas tamat sesi perjumpaan pada Program Jalinan Kasih ketika di Penjara Kluang, Johor.

“Banduan ini adalah banduan terpilih sahaja jadi kita pilih berdasarkan mereka tidak pernah melanggar peraturan penjara dan ikut arahan pegawai dan tahun ini kita ada 40 banduan lelaki dan lima banduan wanita.

“Jadi, mereka ini keluar makan dengan keluarga duduk bersama dengan kekuarga dan cerita sejarah masing-masing dan apabila bercakap mengenai pemulihan, pemulihan itu bukan berlaku di penjara sahaja.

“Pemulihan mesti kekal dengan keluarga sebab selepas ini mereka akan keluar dari penjara jadi sudah tentu keluarga jaga mereka jadi dari sinilah mereka boleh cerita dengan keluarga apa yang mereka belajar dalam penjara.

“Jadi kita nak supaya bila mereka bebas daripada penjara mereka menjadi insan berguna dan mereka tahu kerajaan ada dengan mereka, masyarakat ada dengan mereka,” katanya.

Menurut Abdul Kadir, mereka wajar diberi peluang kedua dan kini mereka sudah belajar sesuatu di penjara. –

sumber;MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *