Akibat ekonomi negara yang sering diuji dengan kenaikan harga barangan dan peluang pekerjaan yang semakin terhad, segelintir individu cuba mencari rezeki dengan melakukan pelbagai pekerjaan.
“Siap Tulis Please Lagi..”- Barista Ini Bingung Pelanggan Order Add-On Dekat Remarks Tapi Tak Nak Bayar
tak nak bayar rider
Antaranya adalah mendaftarkan diri sebagai seorang rider dan melakukan kerja-kerja penghantaran makanan dan minuman ke rumah pelanggan. Meskipun pekerjaan itu mendatangkan pulangan dan mempunyai waktu fleksibel, ia tidaklah semudah yang disangka.
Selain perlu menghadapi risiko yang besar di jalan raya, para rider turut perlu menghadapi kerenah pelanggan. Ada yang baik dan membantu, ada pula yang sebaliknya sehingga sanggup menipu dan menganiaya si rider. Hal sebegitu baru sahaja terjadi pada seorang rider yang akan dikongsikan di sini supaya dijadikan pengajaran buat kita semua.
“Silap Saya Jugak..” – Pelanggan Beri RM50 Yang Koyak Teruk, Akhirnya Rider Ini Terpaksa..
Bekerja sebagai seorang rider, pakguardbotak berada di luar pada suatu malam bagi melakukan kerja-kerja penghantaran ke rumah pelanggan. Seperti selalu, dia mendapat pesanan dan segera menuju ke lokasi pelanggan bagi menghantarkan makanan dan minuman yang telah dipesan mereka.
Tiba sahaja di lokasi, dia menyelesaikan tugasannya dan diberi wang sebanyak RM50 memandangkan pelanggan itu melakukan pembayaran secara tunai.Pelanggan Beri RM50
Namun ketika memeriksa wang tersebut, dia menyedari ia telah terkoyak dan rosak. Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, rider itu terpaksa patah balik dan meminta wang yang elok dari pelanggan tersebut.Pelanggan Beri RM50
Walaupun hal itu sangat memenatkan, dia perlu berbuat begitu kerana nilai RM50 itu sangat tinggi jadi dia juga tidak mahu menanggung kerugian.
Bila ditanya mengapa tidak memeriksa wang itu sebelum pergi, rider tersebut akur bahawa kesalahan itu datang juga dari dirinya kerana tidak berhati-hati tapi dia tak menyangka ada individu yang sanggup menganiayanya sebegitu.Pelanggan Beri RM50
Di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati melihat kejadian yang telah berlaku ke atas rider tersebut. Tambahan pula, beberapa individu seperti Fzd524, kedaicoklatlaila dan cik pong mengharapkan urusan rider itu dipermudahkan ketika diuji dengan perkara tersebut.
Orang Ramai Bersimpati Dengan Nasib RiderPelanggan Beri RM50
Sebagai seorang pelanggan, janganlah kita cuba mengambil kesempatan dan menipu para rider yang sedang bersusah-payah mencari rezeki. Jangan menyusahkan urusan orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita di hari akan datang.
Kredit: pakguardbotak