Simpati Dengan Nasib Orang Miskin, Peniaga Ini Nekad Jual Makanan Hanya RM1

Katanya, sejak warungnya tular dalam laman sosial, pelanggan tidak putus-putus datang ke kedainya, malah ada pelanggan dari Perak sanggup datang ke Perlis semata-mata untuk merasai laksa utara yang menjadi menu paling laris.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima luar biasa, kurang tiga jam semua makanan sudah habis dijual…saya buka warung jam 11 pagi dan jam 1.30 tengah hari dah boleh tutup kedai,” katanya.

Setiap hari Zulkifli yang dibantu oleh tiga pekerja akan memasak sebanyak lapan kilogram (kg) beras pulut, 20kg beras, 20 bungkus laksa dan 20 ekor ayam.

Bapa kepada dua anak itu berkata pelbagai menu yang ditawarkan pada harga RM1 iaitu nasi lemak, bihun sup, mi sup, kuetiau sup, maggi sup, nasi goreng termasuk menu paling laris iaitu pulut ayam, laksa utara, nasi ayam dan nasi daging. Pelbagai jenis minuman juga pada harga sama termasuk ais batu campur (ABC), cendol dan laicikang.

Ketika ditanya apakah dengan menjual makanan pada harga RM1 memberikan keuntungan ketika harga barang yang tidak menentu ketika ini, Zulkifli berkata semua makanan ini dimasak sendiri olehnya dan orang yang berkunjung ke sini bukan hanya makan satu jenis hidangan, malah berkali-kali tambah pesanan.

Sementara itu, pelajar tingkatan 5, Zaidi Putra Zakariah, 17, ketika ditemui berkata dia sanggup menyimpan duit poket yang dibekal ibunya untuk ke sekolah semata-mata untuk makan di sini.

Zaidi berkata meskipun harga yang ditawarkan RM1 untuk setiap jenis hidangan, dia berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Seorang lagi pelanggan, Nurul Natasha Asmira Azhar, 16, berkata makanan yang dtawarkan di sini sangat sedap selain kuantiti yang banyak mengenyangkan perutnya.

sumber ;sinar H