Suami Ini Ajar Cara Goreng Ikan Siakap Jadi Rangup Sampai Isteri Boleh Ratah Sampai Licin

Sajian untuk makan malam mesti korang suka makanan yang ala-ala thai kan? Salah satunya adalah juadah ikan siakap tiga rasa.

Tidak dinafikan, juadah ini selalu menjadi juadah utama dalam menu masakan korang. Tapi sehingga sekarang masih ada yang tak tahu untuk garingkan ikan tersebut.

Jadi, SK hari ini nak kongsikan resipi ikan siakap tiga rasa memang padu tambah-tambah lagi yang suka meratah mesti suka. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Wan Luqman menerusi laman Facebooknya.

Korang try buat ni kat rumah, confirm pasangan puji melambung. Insyaallah.
Sedap gila…licin isteri meratah semalam.

Nak lagi sedap, cili kering tu guna yang pedas untuk buat cili blend. Tumis garing-garing ye!

1. Ok, mula-mula dapatkan 1 ekor ikan siakap. Ambik saiz kecik atau sedang je ok. Cuci bersih, lumur garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal-tebal lumur dia ye.

2. Panaskan kuali, baru letak minyak. Renjis-renjis dulu bagi terbuang lebihan tepung

Pastikan minyak banyak tau. Ok rasanya dah banyak kali bagi tips nak goreng ikan ni. Skip yaaa…


3. Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah pun. Ikutlah tips yang kander pernah berikan dulu.

Takde warna kuning kunyit, bagi aku warna kunyit tu mengganggu rupa sikit kalau utk 3 rasa.

Tips: Panaskan kuali sampai berasap, kemudian masukkan sedikit minyak ratakan ke seluruh permukaan kuali. Tuang balik minyak tu…panaskan kuali balik dan masukkan minyak banyak terus.

4. Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas. Freeplay.

5. 2 sudu besar lada lumat.

6. Masukkan 2sb sos tiram.


7. 2sb sos cili

8. 3sb air perahan limau nipis, atau boleh beli yang dah siap dalam botol.

9. Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau takde palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya…

10. 1sb nampla

11. Bile bahan sos dah betul-betul garing, masukkan sedikit je air kemudian masukkan bahan ini yang dihiris dadu:

celery
bawang holland
cili padi
nenas

12. Ni sedikit kelainan. Kander suka aroma daun sup. Masukkan hirisan daun sup.


13. Dah siap curah terus atas ikan…masa ni mejejes air liur weh.

Rata-rata warganet juga memberi komen yang positif dan telah mencuba resipi tersebut dan ternyata seperti di kedai makan.

Sumber: Wan Luqman