Gunung Semeru yang berada di daerah Kabupaten Lumajang Jawa Timur yang meletus pada Sabtu 4 Desember 2021 lalu meninggalkan trauma kepada penduduk kampung berhampiran.
Banyak video-video telah dikongsikan di media sosial berkenaan detik-detik cemas penduduk kampung menyelamatkan diri apabila Gunung Semeru ‘memuntahkan’ debu tebal hingga mengorbankan nyawa, cukup menyentuh perasaan.
Seakan tak ubah seperti adengan yang mencemaskan di dalam filem, semua bertempiaran menyelamatkan diri sedaya boleh agar tidak ‘ditelan’ kumpulan debu tebal.
Terpisah Saat Larikan Diri
Keadaan yang kucar kacir seperti itu dilaporkan ramai terpisah daripada ahli keluarga bagi menyelamatkan diri termasuklah pasangan suami isteri ini. Perkongsian video tersebut mengundang sebak netizen apabila keduanya dipertemukan semula.
Keduanya menyangka salah seorang daripada mereka sudah terkorban dalam bencana tersebut dan akhirnya bersatu di atas nama takdir.
Kisah mengharukan pasangan suami isteri yang terpisah apabila melarikan diri dari rumah yang dilanda abu gunung berapi yang panas.
Mereka berpisah dan tiada komunikasi selama 24 jam
Memikirkan antara satu sama lain tidak selamat dan akhirnya berada di perkampungan pelarian Kamar Kajang
Mereka bertemu semula dengan penuh rasa syukur.
Tidak lagi mementingkan harta benda
Tapi sayang
Nikmat Tuhan mana yang kamu dustakan.
Secebis kisah yang kami rakamkan secara tidak sengaja. Semoga Allah menjadikan kita manusia yang sepatutnya bersyukur dengan kehidupan kita sekarang