Suami kerja kilang. Mula je aku kerja. Gaji aku lagi tinggi dari suami. Lepas bersalin sy dlm dilema.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya seorang mak bekerjaya profesional dengan 5 orang anak. Anak sulung masih bersekolah rendah dan anak bongsu masih menyusu badan.

Tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur dengan saiz famili 7 orang memang menelan belanja yang besar.

Suami kerja kilang sebagai seorang jurutera. Jangan ingat gaji jurutera Malaysia besar ya. Silap silap gaji bangla jual karpet lagi besar dari gaji jurutera kat Malaysia ni.

Berapa ramai dah jurutera Malaysia yang tukar bidang. Banyak program kejuruteraan kat Malaysia ni pun dah dihentikan sebab graduan kejuruteraan takde pasaran dan digajikan rendah dari kelayakan.

Tapi bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita pasal ‘1001 Kebaikan Apabila Ibu Bekerja’.

Dulu masa baru dapat anak, saya pernah la terfikir nak berhenti kerja untuk bagi sepenuh perhatian pada anak. Tambahan pula anak lahir dengan masalah kesihatan.

 

Tamat cuti bersalin, masuk lah kerja balik dengan hati yang amat berat untuk tinggalkan anak yang tak berapa sihat lagi masa tu.

Masa tu mak ada lagi. Mak tinggal dengan saya beberapa bulan. Mak nak jaga sendiri cucu sulung dia. Risau katanya. Terima kasih mak. Sokongan keluarga jadi penguat semangat saya masa tu.

Beberapa bulan lepas tu, anak pun makin sihat, mak balik kampung semula. Dan anak saya tinggalkan di taska semasa saya keluar bekerja.

Setiap kali saya lahirkan anak, dari anak pertama sampai kelima, saya tetap rasa macam nak berhenti kerja untuk jaga sendiri anak anak. Tambah pula anak masih menyusu badan. Lagilah rasa tak boleh berenggang. Itu naluri seorang ibu.

Kalau boleh nak menyusu badan secara eksklusif selama 6 bulan. Ada cuti tanpa gaji menyusu anak yang bersambung dengan cuti bersalin tapi tak boleh nak ambik sebab keadaan kewangan tak mengizinkan.

 

Dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, kehidupan sendiri. Islam pun suruh duduk asing dari ibubapa lepas kahwin. Dah elok duduk asing, nak duduk sama pula.

Dari kecil ibubapa dah susah besarkan kita, sekarang dah besar pun nak susahkan diorang lagi untuk fikirkan hal kita dan anak anak kita. Malulah.

Jangan cari susahlah. Ikut je la apa yang agama dah bagi panduan untuk selamat dunia akhirat. Duduk asing.

Alhamdulillah Allah beri gaji saya naik tiap tahun, pangkat pun naik. Niat saya nak berhenti kerja dan jaga anak sendiri pun makin pudar dan hilang.

Sekarang saya mampu beli rumah sendiri, beli segala kelengkapan rumah, ada motor, ada kereta, semua hasil titik peluh saya sendiri.

Semua aset ni atas nama saya. Niat saya beli semua tu adalah untuk beri kehidupan yang selesa pada keluarga saya. Suami saya tak mampu, saya yang mampu. Jadi saya tolong dia sediakan semua keperluan keluarga.

 

Saya boleh pilih untuk simpan duit saya sampai berkepuk kepuk dalam Tabung Haji tapi saya fikir duit tu tak boleh bawa m4ti. Nak pergi haji cepat belum tentu lagi sempat.

Duit yang kita sedekahkan tu la milik kita, bukan yang kita simpan. Semua duit yang saya belanjakan untuk suami dan anak anak, saya niatkan sedekah dan hadiah.

Hanya pahala dariNya yang saya harapkan. Belanja, belanja juga, simpanan kecemasan dan jangka panjang kena ada juga ya!

Itu baru cakap pasal pahala berkhidmat pada keluarga. Pahala berkhidmat pada masyarakat sebab bekerja pada masyarakat belum kira lagi. Allah Maha Adil. Mesti Allah kira. Sangka baik pada Allah.

Setiap langkah dan detik saya keluar bekerja untuk berkhidmat pada masyarakat pasti ada nilai disisi Allah.

Allah yang pilih dan beri saya ilmu pengetahuan dan kemahiran ni, saya gunakan segala pemberikan Allah ni untuk manfaat masyarakat pula.

Pahala saya akan terus mengalir selagi mana pengetahuan dan kemahiran yang saya curahkan tu disampaikan orang dari generasi ke generasi. Sejenis pelaburan yang tak kan rugi selama lamanya!

 

Jadi serahkan pada yang pakar untuk ajar anak, ibu cari duit bayarkan gaji cikgu/ustaz/ustazah lagi baik. Kena pantau juga pelajaran anak. Jangan lepas tangan pula.

Makanya, secara kesimpulan, terdapat 1001 kebaikan apabila ibu bekerja jika diniatkan dengan betul kerana Allah.

Bukan niat kerana nak jadi kaya, nak kejar cita cita, takut kena cerrai, takut suami buat hal, atau sebab bosan duduk rumah.

Ibu ibu bekerja lah dengan niat kerana Allah dan tak langgar syariat. Kerja yang halal, suami izikan, jaga aurat, jaga percampuran lelaki perempuan di tempat kerja, jaga pancaindera dari buat maksiiat dan paling penting jaga hati dan jaga iman.

Lagi satu kesimpulannya jangan kedekut. Rajinlah bersedekah. Gaji yang kita dapat tu Allah yang beri. Isteri tak perlu keluar nafkah.

Oleh itu, berbelanja lah untuk diri dan keluarga dengan niat sedekah pada semua orang. Moga-moga Allah sayang.

 

sumber.metro