‘Subuh Gajah’, Bila Nak Solat Kena Niat Qada Atau Niat Biasa. Ni Pu Azman Terangka

Subuh gajah’ adalah istilah yang biasa kita dengar untuk menandakan bila seseorang mengarjakan solat tetapi di penghujung waktu. Apatah lagi jika berlaku kejadian terlewat bangun walau jarang-jarang berlaku namun bila sekali sekala terjadi memang boleh buat kita menggelabah. Memikirkan solat subuh yang tertinggal, terasa begitu berdosa pula di hati kalau di tinggalkan begitu sahaja.

Jadi apa sepatutnya perlu kita lakukan berkenaan solat yang tertinggal? Perlu diniatkan qado atau niat biasa sahaja.


Menerusi akaun instagram Pu Azman, ada dikongsikan hukum terlewat solat disebabkan terlambat bangun tidur. Jika terjadi, apa perlu kita lakukan dan bagaimana mana pula niatnya. Untuk lebih jelas, semua ini dijawab oleh Pu Azman seperti perkongsiannya di bawah ini.

‘Subuh Gajah’, Bila Nak Solat Kena Niat Qada Atau Niat Biasa. Ni Pu Azman Terangkan!
Kalau terbangun lewat subuh, walaupun matahari sudah meninggi contohnya jam 10, maka solat terus tanpa tangguh.

Yang salah itu bukan sebab tak sengaja bangun lewat, tapi sebab bila dah bangun, banyak benda lain yang kita buat.

مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا.

Maksud :”Siapa yang terlupa solat (terlepas solat disebabkan terlupa) maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatnya semula”.

Niat boleh samada niat macam biasa atau niat qada’.

Jadi bila bangkit selepas tidur, terus solat. Sebelum bangkit selepas mati, terus akhirat.

Jadi hukum ini sama juga dengan solat-solat yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak. Yang tak perlu, solat jenazah jer.

Tukang edit @ameershah48

Rata-rata netizen berterima kasih dengan perkongsian daripada Pu Azman dan ramai juga terus mengajukan beberapa lagi persoalan berkaitan mengganti solat yang tertinggal untuk lebih kefahaman.

sumber : Ig pu_azman