Pemerglan seorang tokoh muslim warga Jepun yang telah memberi banyak sumbangan terhadap penyebaran dan pembangunan islam di negara Jepun.
Diberi nama Sulaiman akira Hamanaka, beliau amat dikenali dikalangan penduduk muslim di Jepun dan juga rakyat malaysia disana. Beliau juga amat menyukai negara Malaysia bahkan fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Pemergi4n beliau merupakan satu kehil4ngan yang besar bagi penduduk muslim disana.
Selain itu, beliau juga merupakan satu-satunya Seorang Warganegara Jepun yang berjaya mendirikan masjid beliau sendiri yang dikenali sebagai masjid Niihama.
Mendapat hidayah ketika berusia 19 tahun untuk menganvt islam, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di sekolah pondok yang terletak di Kuala Selangor.
Seterusnya, beliau menyambung lagi pengajian sehingga ke Mesir, menjadikan dirinya sebagai salah seorang pendkwah paling awal membantu mengembangkan Islam di Jepun.
Malah kebanyakkan saudara baru di Jepun, mendapat bantuan dan bimbangan daripadanya untuk memelvk Islam, membuatkan mereka begitu terkesan dengan pemergiannya.
Selain dari berdakwah, beliau juga mempunyai minat dalam sukan badminton dimana dia turut membantu dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun dalam sukan tersebut. Mari kita sama-sama berdoa dan semoga arwaah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber:soyalemon