Tadika Buat Demo Kanak-Kanak Kena Culik Undang Pelbagai Reaksi Netizen – ‘Risau Budak Trauma’

Tular di media sosial ketika ini video yang menunjukkan sebuah tadika yang dipercayai di Vietnam melakukan simulasi bagaimana penculikan terhadap kanak-kanak berlaku

Acah-acah nak culik budak

Simulasi itu dibuat sebagai tujuan untuk mengajar mereka dari usia muda untuk tidak mudah percaya dengan orang asing yang berisiko membawa kanak-kanak lari sebagai mangsa culik.

Video tersebut menunjukkan situasi di mana ‘penculik’ menggunakan kaedah memberi gula-gula serta mainan untuk menarik minat kanak-kanak agar mengikutinya. Video tersebut tular hingga ke Malaysia dan meraih pelbagai kecaman.

Boleh undang trauma

Walaupun ada beberapa komen yang mengatakan cara itu berkesan dan boleh menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa culik, turut ada juga yang bimbang sekiranya simulasi itu boleh mengundang trauma selepas beberapa kanak-kanak menangis kerana ketakutan.

Memang berkesan, tapi cara ni pun boleh buat budak takut nak bergaul dengan orang.

Mahu sampai ke besar dia takut dengan orang dia tak kenal.

Malah, ada yang berpendapat bahawa simulasi itu tidak salah namun harus dibuat dengan cara yang lebih bersesuaian untuk kanak-kanak yang masih kecil

sumber ;oh bulan