Tak sanggup nak tengok kalau melibatkan anak kecil, tapi bila play video tu alangkah terkejutnya tengok budak tu jatuh dalam sungai, si bapa sempat berpaut pada pemegang jambatan.
Dahla kalau sungai-sungai di Borneo kita tahu banyak buaya, apalah nasib budak tu kan.
Menerusi video bawah 1 minit yang dikongsi pengguna Twitter iaitu @yaniemnsor dia juga tidak tahu sejauh mana kesahihan video itu, berlaku di mana pun tak tahu, selalunya yang kita tahu kalau melibatkan jambatan sungai yang usang ni kalau tak di Sarawak mesti di Sabah
Kata seorang pengguna media sosial katanya kadang-kadang kita bukan nak berpolitik sangat, tapi lebih 60 tahun parti tu memerintah takde perubahan ke??
Benda benar perlu cakap, tak kisah siapa pemimpin, orang yang bergaduh sesama nak tunjuk parti tu suci parti tu salah tu lah budak-budak, itulah yang gila kuasa, siapa berani tampil bagitahu isu ini.
apapun semoga mereka selamat, admin pun nak tahu keadaan mereka, semoga kita semua menjadi insan hebat dan menolong antara satu sama lain.
sumbertwitter @yaniemnsor