Tak mudah terima sedekah, Tok Bibah jual botol kosong, barang lusuh cari rezeki… mampu hantar anak angkat masuk universiti!

HATI siapa yang tidak tersentuh apabila melihat warga emas yang sudah lanjut usia masih lagi keluar mencari rezeki.

Melihat video yang tular di media sosial baru-baru ini, pasti ramai yang bergenang air mata dan serta merta teringatkan orang tua di kampung.

kelihatan dua penunggang motosikal menghampiri nenek berkenaan di Sungai Nyior, Butterworth, untuk bertanyakan keadaannya, malah sempat menghulurkan sejumlah wang bagi membantu meringankan bebannya.

Lebih menyentuh hati, nenek berkenaan keberatan untuk menerima wang pemberian penunggang motosikal itu, malah siap meminta mereka menggunakan wang itu untuk membeli petrol.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda tersebut, Muhamad Zaid Zubir Mohd Zabel berkata, ketika itu dia bersama seorang rakan yang dipanggil Abang Mat sedang dalam perjalanan ke Queensbay Mall.

“Saya pernah dengar dari rakan mengenai Tok Bibah ni. Menurut rakan, dia memang tinggal di Kampung Perlis, Butterworth tapi saya tak pernah berjumpa dengannya. Nak dijadikan cerita, kebetulan hari itu (Rabu) saya cuti. Dalam perjalanan, nak ke Queensbay, tiba-tiba terserempak dan kami pun berhenti untuk menyapanya,” kata pemuda berusia 24 tahun ini.

Menurut Muhamad Zaid, dia sekadar merakam video dan berkongsi di laman sosial hanya bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat khususnya anak muda agar tidak lupa tanggungjawab kepada golongan yang memerlukan.

“Tak sangka video ini viral. Niat saya hanya kerana Allah, saya amat memahami kerana saya juga pernah susah dan bukanlah datang dari keluarga yang senang. Cuma sekadar berkongsi rezeki pada mereka yang memerlukan. Takut juga mengundang fitnah terhadap anak angkatnya. Namun tujuan saya hanya mahu beri mesej, itu sahaja,” katanya yang menjalankan perniagaan minyak wangi, Vic Paris Parfum secara kecil-kecilan.

Antara komen netizen yang simpati dan prihatin dengan keadaan Tok Bibah.


“Dengan hasil jualan botol kosong inilah, dia menyara hidup dan menghantar seorang anak angkatnya masuk universiti. Sebenarnya, anaknya melarang namun biasalah, orang tua mana reti duduk saja,” katanya.

Muhamad Zaid menambah, dia juga berhasrat memperuntukkan sebahagian daripada jualan minyak wanginya untuk disalurkan kepada Tok Bibah.

Sementara itu, rata-rata netizen sangat tersentuh hati melihat betapa gigihnya Tok Bibah mencari rezeki halal walaupun sudah berada di penghujung usia.

Malah mereka menyifatkan kegigihan Tok Bibah yang menggunakan tulang empat kerat sendiri untuk mencari rezeki wajar dicontohi oleh anak muda.

“Wahai kaki ragut, kamu tengok tok ni. Dalam usia emas beliau, masih lagi gigih mencari rezeki, kutip barang lusuh terpakai untuk dijual. Kamu yang sihat tubuh badan tapi pemalas. Kerja mencuri saja,” tulis seorang lagi pelayar.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji tindakan murni penunggang motosikal yang prihatin dengan keadaan Tok Bibah.

“Baik betul hati budi anak yang hulurkan bantuan. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dia,” kata seorang pelayar.

sumber ;mstar