tak Payah Stres Lagi Bila Pakaian Kena Kesan Kunyit, Ini Cara Paling ‘Menjadi’ Anda Boleh Guna!

 Kotoran kunyit pada pakaian merupakan antara kesan degil yang sukar untuk dihilangkan. Oleh itu, kali ini penulis ingin berkongsi beberapa cara menghilangkan kesan kunyit yang sukar itu pada pakaian anda.

Terdapat lapan cara menghilangkan kesan kunyit, sama ada pakaian anda berwarna putih atau berwarna-warni. Jom cuba!

CARA MENGHILANGKAN KESAN KUNYIT PADA PAKAIAN

cara menghilangkan kesan kunyit

1. SEGERA BERSIHKAN KOTORAN KUNYIT PADA PAKAIAN

Cara menghilangkan kesan kunyit pada pakaian adalah dengan membersihkannya dengan segera. Hal ini kerana, semakin lama kesan kunyit menempel pada baju, semakin sukar ia dihilangkan.

2. CECAIR ANTI KOTORAN DEGIL

Gunakan produk cucian yang mempunyai kandungan khas untuk menghilangkan kesan degil seperti kunyit. Sebelum baju tersebut bercampur dengan pakaian kotor yang lain, sapukan cecair anti kotoran degil terlebih dahulu.

3. GUNA HIDROGEN PEROKSIDA PADA PAKAIAN PUTIH

Pakaian putih yang terkena kesan kunyit, boleh menggunakan hidrogen peroksida (H2O2) sebagai penyelamat! Ini cara-caranya:

Isi botol semburan dengan H2O2 sebanyak 20% dan air dengan nisbah 1:9.

Sembur cairan tersebut ke bahagian pakaian yang terkena kesan kunyit.

Rendam selama 4 jam dan selepas itu bilas seperti biasa.

4. GLISERIN

Selain itu, kesan kunyit pada pakaian boleh dihilangkan dengan menggunakan gliserin. Caranya seperti berikut

Campurkan gliserin dan air.

Kemudian, oleskan di kawasan yang terkena kotoran kunyit.

Bilas dengan air suam dan cuci dengan mesin basuh seperti biasa.

5. AIR PERAHAN LEMON

cara menghilangkan kesan kunyit

Buah lemon merupakan bahan semula jadi yang terbukti berkesan dalam proses DIY menanggalkan kotoran degil. Cara-caranya adalah:

Hiris buah lemon kepada dua bahagian.

Perah airnya tepat di atas bahagian pakaian yang terkena kesan kunyit.

Biarkan selama 1.5 jam dan kemudian cuci seperti biasa.

6. PELUNTUR PAKAIAN

Menggunakan peluntur pakaian juga boleh membantu menghilangkan kesan kunyit yang degil. Langkah-langkahnya:

Pertama sekali, anda perlu membaca label pada pakaian kerana terdapat jenis yang tidak boleh menggunakan peluntur.

Sekiranya pakaian anda boleh menggunakan peluntur, berus bahagian yang terkena kesan kunyit dengan berhati-hati dan basahkan dengan air.

Kemudian, tuangkan 4-5 titis cecair peluntur pakaian ke atas kawasan yang kotor dengan kesan kunyit.

Gosok perlahan dengan jari tangan dan cuci dengan air biasa. Boleh ulangi langkah ini jika terdapat lagi kesan kotor.

Seterusnya, sediakan air sejuk dan masukkan satu cawan peluntur pakaian.

Rendam pakaian dalam larutan tersebut dan biarkan selama 20 minit. Bilas seperti biasa.

7. CUKA PUTIH

Kaedah membersihkan kesan kunyit menggunakan cuka putih dapat menghilangkan kesan kotor pada kain halus seperti sutera, linen dan lain-lain. Cara-caranya:

Campurkan 2 sudu makan cuka putih dengan 1 sudu makan sabun pencuci pakaian ke dalam mangkuk.

Rendam pakaian yang terkena kotoran kunyit dengan campuran tadi selama 30 minit.

Kemudian, bilas dengan air bersih sehingga tiada baki larutan cuka dengan sabun pencuci pakaian sekali lagi.

Seterusnya, masukkan 2-3 titis sabun pencuci pakaian yang dituang ke dalam baldi berisi air sejuk.

Rendam pakaian dalam larutan tersebut selama 30 minit dan bilas dengan air sejuk.

Biarkan ia kering di bawah pancaran matahari.

8. CAMPURAN HAND SANITIZER

Hand sanitizer mengandungi alkohol amat bermanfaat dalam menghilangkan kesan kunyit. Selain itu, anda juga memerlukan kain, berus gigi, detergent dan baking soda. Ikuti langkah di bawah:

Bersihkan kawasan yang terkena kotoran kunyit dengan air bersih dan lakukan dengan lembut.

Keringkan atau serap kelembapan kawasan kotor tadi dengan kain lembut secara berhati-hati agar kesannya tidak bergeser ke tempat lain.

Tuangkan hand sanitizer ke kawasan itu dan guna berus gigi untuk meratakannya. Kemudian, bilas pakaian seperti biasa.

Sumber: Orami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *