TINGGAL serumah bersama 30 ekor ayam peliharaan dan hampir setiap saat kokokan bersahut-sahutan bergema di segenap sudut kediaman selama bertahun-tahun mungkin dianggap pelik.
Namun, itu senario biasa bagi pasangan suami isteri sejak lebih tiga tahun lalu.
Demi terlalu sayang ayam hutan kacukan dipelihara itu, pemiliknya, Mohd Shamriza Muhd Zuki, 31, isteri, Anis Fadzleayna Mat Nawi, 25, dan anak, Qistina Umaira, 8, tidak kisah semua itu.
Mereka menetap di Kampung Padang Salim, Peringat, Kota Bharu, Kelantan ini,
rela tinggal serumah bersama ayam berharga beribu ringgit dan tidak sanggup berputih mata kerugian kerana mungkin dicuri jika dilepaskan berkeliaran di luar.
Mana tidaknya, dua ekor ayam hutan kacukan diberi nama ‘baby’ dan ‘pokcek’ juga lebih 200 kali menjuarai pertandingan ayam sorak, sejak 2018, pasti ramai mahu memilikinya.
Selain itu, tinggal serumah memudahkan pemantauan proses kacukan anak ayam dilakukan oleh Mohd Shamriza.
Ayam ini mempunyai nilai tinggi terutama jika sering jadi juara pertandingan ayam sorak berikutan keupayaan berkokok paling banyak.
Harga boleh mencecah hingga 20 kali ganda seekor, iaitu berharga RM6,000 hingga RM10,000 berbanding harga asal hanya RM250,” katanya ditemui baru-baru ini.
Sangkar dibersihkan 2 jam sekali
Semua ayam itu diletakkan di dalam beberapa sangkar berasingan dengan menjarakkan untuk lebih keselesaan.
Ada diletakkan di ruang tamu dan bahagian dapur. Setiap dua jam sekali, pada setiap hari mereka akan membersihkan hampir 20 sangkar ayam untuk menghindarkan bau tahi ayam atau bau lain yang kurang menyenangkan.
Setiap bulan peruntukan RM300 beli makanan ayam, iaitu jagung halus. Ayam ini mudah dijaga kerana spesies ini susah diserang penyakit.
Menjelang petang kami bermain dan melatih ayam berkokok di halaman rumah,” katanya.
Sumber rezeki
Hobi memelihara ayam juga menjadi sumber pendapatan, Mohd Shamriza yang bekerja kampung dengan gaji tidak menentu.
“Saya dapat hadiah berupa wang tunai dan barangan lain dengan sertai pertandingan ayam sorak, selain menjual ayam yang dipelihara,” katanya.
Anis Fadzleayna berkata, beliau tidak kisah tinggal dan tidur bersama bagi menyokong minat suaminya.
“Tiada sebarang masalah. Cuma hari-hari dengar ayam berkokok sama di ruang tamu atau dapur,” katanya.
Juara ayam sorak jadi tumpuan
Justeru, ayam itu perlu dijaga sempurna terutama ‘baby’ dan ‘pokcek’ yang menjadi tumpuan peserta dan penonton kerana kerap dinobatkan sebagai juara ayam sorak.
Malah, yang mengujakan pemilik sendiri juga terkenal seiring panggilan nama ayam itu.
Selain itu, ayam yang berusia enam bulan ke atas dianggap matang dan boleh berkokok layak bertanding.
Sebelum bertanding, penganjur akan memeriksa beberapa ciri seperti bahagian telinga ayam kena warna putih, balung bersisir (berduri) dan kaki warna hitam atau hijau untuk sahkan ayam dari spesis hutan kacukan.
Ayam itu atau dipanggil ayam hutan hibrid adalah kacukan genetik ayam hutan dengan ayam serama, batik dan kapan.
Tiada latihan khusus melatih ayam berkokok. Ayam akan diacuh berlawan dengan seekor ayam lain bagi membangkitkan ‘mood’ untuk berkokok.
Biasanya tuan akan memanggil nama ayam dan mengajuk supaya berkokok seperti mencipta bunyi dan gerakan tertentu.
Lebih 100 ekor ayam di setiap bon (gelanggang) bertanding selama tiga jam, bermula jam 5 hingga 7 petang sesuai waktu berehat penduduk kampung.”Pengadil akan menilai enam ekor ayam dan menanda ‘butir’ (bilangan kokokan) ayam.
Pemilik ayam dibenarkan membuat bunyi, sorakan atau gerakan supaya ayam berkokok sebanyak mungkin. Pemilik dan penyokong ditempatkan tiga meter daripada bon,” katanya.
Hobi isi masa senggang
Pelbagai ragam dan pekikan suara pemilik ayam dan orang ramai memecah keheningan petang ketika di gelanggang pertandingan sorak ayam hutan kacukan.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada pertandingan ayam sorak dianjurkan bagi mengelak penularan COVID-19.
Pertandingan ayam sorak yang terkenal di Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah antara aktiviti penduduk bagi mengisi waktu senggang pada hujung minggu atau cuti umum.
Bagi peminat ayam hutan kacukan, Mohd Shahril Izwan Saidina, 25, berkata dalam pertandingan penilaian kokokan ayam dibuat dua peringkat, iaitu pertama ayam perlu berkokok sebanyak 20 kali ke atas dalam masa 15 minit.
Katanya, jika memenuhi 20 kali kokokan, ayam layak bertanding ke pusingan akhir atau dipanggil ‘ching’ dan juara akan dipilih berdasarkan ayam kokokan paling banyak dalam tempoh tiga minit.
23 kali kokok dinobatkan juara
“Ayam selalunya mampu berkokok 23 kali. bilangan kokokan ini dinilai juri,” katanya pemilik ayam popular di bon diberi nama Bossku.
Katanya, Bossku sudah memenangi lebih 200 pertandingan ayam sorak sejak dua tahun dan orang mahu membeli dengan harga RM9,000 tetapi ditolak.
Eratkan silaturahim
Muhamad Khairie Che Lah, 29, berkata hobi bertanding ayam kerana penjagaannya tidak serumit haiwan lain.
“Ramai masuk bertanding termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan golongan profesional.
“Seronok melihat pemilik bersorak supaya ayam berkokok paling banyak, pelbagai ragam dilihat, memanggil nama ayam dan meriah suasana. Aktiviti ini merapatkan hubungan silaturahim.
“Juara akan menerima hadiah wang tunai, barangan dapur, barangan elektri