Tak Sampai 5 Minit, Dah Siap Masak Kangkung Goreng Belacan Sotong

Orang kata kangkung ni sayur murahan tetapi sayur murahan ini banyak khasiat dan sangat sedap jika digoreng bersama belacan.

Ada juga sesetengah orang menambah sotong di dalam menu ini. Tidak kira bagaimana pun caranya, resipi dari Dapur Lazz ini wajib anda cuba.

Sedap dan gerenti jadi! Caranya nak masaknya tersangatlah mudah.

KANGKUNG GORENG BELACAN SOTONG

BAHAN-BAHAN:

1 ikat kangkung
2 ekor sotong sederhana

BAHAN TUMBUK:

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan
Garam
Gula
Serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga agak garing dan naik bau.

2. Masukkan sotong dalam 4 hingga 5 minit. Jangan terlalu lama, takut sotong liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.

3. Masukkan kangkung. Boleh kuatkan api dan kacau hingga masak dan sebati. Siap.

INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.

Kredit resipi & foto: Dapur Lazz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *