Seperti yang kita tahu, ubat gigi untuk anak kecil didatangkan dengan pelbagai perisa buah-buahan seperti anggur, strawberry dan sebagainya. Hal ini kerana agar dapat menarik minat anak untuk mengosok gigi meskipun di usia awal.
Walau bagaimanapun, amatlah bahaya sekiranya mereka menelan ubat gigi terlalu kerap meskipun ubat gigi tersebut khusus untuk kanak-kanak. Kenapa bahaya? Ikuti penerangan Dr Hali Mnasar di bawah.
“TAKPE KE ANAK TERTELAN UBAT GIGI”? – INI JAWAPAN DOKTOR
Menerusi perkongsian video itu, seorang pengguna TikTok bertanya soalan mengenai adakah bahaya jika kanak-kanak menelan ubat gigi ketika memberus gigi.
Jelas Dr Hali, ubat gigi hanya untuk luara sahaja dan kanak-kanak hanya memerlukan secalit ubat gigi. Tambahnya lagi, selepas memberus gigi pastikan anak meludah sisa ubat gigi tersebut.
Beliau juga menegaskan agar tidak memberi anak meletak sendiri dan menelan ubat gigi. Hal ini kerana, dalam tulang kanak-kanak sekarang sudah ada pertumbuhan untuk gigi kekal.
Jika menelan fluorida secara berlebihan akan menyebabkan gigi tumbuh secara tidak cantik dan terjadi fluorosis iaitu kewujudan bintik-bintik kuning atau coklat pada permukaan gigi. So, ibu bapa pastikan anak tak telan ubat gigi semasa memberus gigi ok?
Sumber: TikTok Dr Hali Mnasar