Takut Nak Rapat Dengan Orang Yang Iri Hati Kesumat Ni, Luar Nampak Manis, Tapi Belakang Habis Pekung Kita Dia Buka

Takut nak dekat dengan manusia yang suka iri hati dan dengki, walau nampak baik dari luaran tetapi kalau hatinya busuk maka rosakkan hubungan yang terjalin.Tak kira lah darah daging sendiri atau orang luar, andai tersimpan satu perasaan negatif ini kalian tidak akan bahagia sampai ke hujung nyawa. Malah apa yang orang lain buat, semua nampak salah.

Untuk renungan bersama, jemput hadam perkongsian Puan Hajjah Rohana Saad sejenak, baiki dan betulkan jika pernah ‘terbuat’ sebelum ini.

Buanglah Rasa Iri Hati Dan Dengki
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.

Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini. Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!

Belajar Rasa Cukup
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.

Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki. Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.

Jangan Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri. Jadi bersyukurlah. Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.