Tanda Mayonis Rosak Dan Tak Boleh Dimakan, Elak Diri Dari Keracunan Makanan!

Mayonis merupakan produk kegemaran orang Rusia yang turut mempunyai peminatnya sendiri di Malaysia. Ia digunakan dalam pelbagai jenis hidangan seperti sandwich dan juga salad. Tapi kebanyakan peminat sos ini tidak tahu mayonis mudah rosak lebih-lebih lagi jika disimpan lama dalam peti sejuk. Sebenarnya ada tanda-tanda mayonis rosak yang ramai tak tahu.

Untuk pengetahuan anda, seperti makanan lain, mayonis juga mempunyai tarikh luput. Kadangkala mungkin anda tak perasan tanda mayonis sudah tidak boleh dimakan. Jadi, ikuti perkongsian penulis mengenai tanda mayonis rosak supaya dapat elak dari keracunan makanan!

5 TANDA MAYONIS ROSAK, BAU MASAM ATAU BUSUK

Cara untuk mengenali mayonis rosak adalah ia mengeluarkan bau masam atau busuk. Secara amnya, mayonis tidak mempunyai sebarang aroma, manis atau masam tetapi saat anda terbau masam atau busuk, itu bermakna ia sudah tidak boleh dimakan.

Selain itu, teksturnya juga menunjukkan perubahan kepada lebih cair dan tidak berkrim seperti yang baru dibuka. Buang segera jika mendapati mayonis anda lain teksturnya dan juga berbau busuk.

RASA MENJADI MASAM ATAU PAHIT

Tanda yang paling jelas mayonis sudah rosak adalah perubahan pada rasanya. Jika mayonis berubah rasa kepada masam atau pahit, segeralah buang kerana itu tanda kualitinya telah berubah disebabkan rosak.

Selain itu, jika anda mendapati bekas plastik mayonis sudah kembung dan bergas lalu apabila dibuka, udara termampat keluar dari dalam, ini juga petanda mayonis telah rosak dan tidak sesuai untuk dimakan.

Jadi selain daripada rasanya yang lain dari kebiasaannya, perhatikan juga plastiknya untuk mengetahui sama ada mayonis masih boleh dimakan atau tidak.

TEMPOH 2 BULAN SELEPAS DIBUKA

Untuk pengetahuan anda, mayonis yang tidak dibuka lazimnya mempunyai tempoh penggunaan terbaik selama 2-3 bulan selepas tarikh pembuatan atau sebelum ia tamat tempoh. Namun, sebaik sahaja anda membuka mayonis, ia boleh disimpan selama kira-kira 2 bulan di dalam peti sejuk kerana suhu sejuk melambatkan penapaian.

Penting untuk menggunakan sudu yang bersih dan kering ketika mengambil mayonis agar ia tidak tercemar. Malah, jangan sesekali cuba mencelup jari ke dalam mayonis!

BERKULAT

Mayonis yang baik tidak sepatutnya berkulat. Jika mayonis berkulat sehingga menimbulkan spora hijau, biru atau hitam itu maknanya ia sudah tidak boleh dimakan.

Ada juga sesetengah orang yang hanya membuang lapisan atas yang berkulat dan masih menggunakan lapisan bawah yang tidak dinaiki kulat. Jangan begitu, jika sudah jelas kulat pada mayonis, buanglah kerana ia sudah tercemar.

BERUBAH WARNA LEBIH GELAP

Kalau nak tahu, mayonis dijual dalam pelbagai warna seperti putih, sedikit kekuningan dan kuning cerah. Penting untuk anda periksa warna asal mayonis apabila baru dibeli dan dibuka untuk memastikan ia masih boleh dimakan selepas menyimpannya.

Jika selepas penyimpanan anda mendapati mayonis telah bertukar warna yang lebih gelap seperti kekuningan gelap atau keperangan, kemungkinan besar ia sudah rosak dan tidak boleh dimakan.

Andai mayonis anda mempunyai tanda-tanda di atas, segera buang supaya dapat elak diri daripada keracunan makanan akibat makanan yang sudah tamat tarikh luputnya. Oleh itu, sebaiknya beli dan gunakan mayonis secepat mungkin supaya ia tidak rosak di dalam peti sejuk anda.

Sumber: Fimela

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *