Teknik Cuci Kerang Supaya Tak Berselut, Isi Jadi Bersih & Senang NakMasak

Kerang merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai juga. Rasanya juga enak dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Tetapi, kalau anda perasan, kerang merupakan makanan laut bercengkerang yang perlu dicuci dua kali ganda dari makanan laut yang lain. Hal ini kerana, permukaan cengkerang kerang yang tidak sekata menyebabkan kerang mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, sebelum kita masak tu, mesti kita nak bersih-bersihkan kerang tu dulu kan supaya juadah yang disediakan juga bersih.

TEKNIK CUCI KERANG SAMPAI ISI BERSIH

Assalamualaikum & salam sejahtera. Izinkan berkongsi ilmu untuk membersihkan kerang supaya *ISI* kerang tak ada selut.

Selepas bilas (*dan cengkerang dah bersih*) adunkan garam dan cili kering (tak kisah kalau 2-3 batang atau serbuk cili kering kasar. Dalam gambar ialah cili kering kasar sebab stok cili kering dah habis). Ralat garam & cili agak-agak je. Asalkan agak-agak pedas & masin.

Rujuk gambar ‘B’:

Tambahkan air separa bekas, kemudian masukkan pula kerang. Pastikan paras air lebih tinggi dari paras kerang.


Rujuk gambar ‘C’:

Biarkan kerang berendam (atau berenang) selama 45 min – 90 min. Kerang akan dengan sendirinya bersih (self clean through spitting). Boleh di balik-balikan kerang untuk melonggarkan ruang air di antara kerang. Rujuk gambah air keruh yang berbuih

 itulah hasil kerang membuang sisa selut dan kotoran. Ulang 2-3 kali air garam & cili, sampai bersih. Mahupun proses yang lama, tapi tak teruk/penat usahanya. Moga-moga ilmu ini bermanfaat. Selamat mencuba! Wassalam.

sumber ;sirap limau