Namun, ternyata bukan manusia sahaja yang mempunyai naluri sedemikian, tetapi terdapat juga haiwan yang mudah terhutang budi jika dibantu seperti dalam kisah ini.
Pada tahun 2011 dulu di Afrika Selatan, seorang lelaki menemui seekor burung hantu yang mengalami kecederaan. Oleh kerana merasa kesian dan bersimpati dengan keadaan burung hantu itu, lelaki berkenaan pun mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah untuk dirawat.
Terhutang Budi Selepas Diselamatkan
Di rumah, lelaki berkenaan cuba merawat dan manjaga burung hantu tersebut agar cepat pulih dari kecederaan yang dialaminya. Selepas dua bulan, hubungan mereka menjadi semakin mesra dan burung hantu itu dilepaskan semula apabila sudah pulih sepenuhnya.
Namun, meskipun sudah bebas tapi burung hantu itu tidak melupakan budi baik lelaki yang menolongnya.
Setiap hari selama 4 tahun, burung hantu tersebut akan membawa pulang ‘hadiah’ kepada lelaki itu, kemungkinan sebagai tanda berterima kasih dan membalas jasa.
Burung hantu itu juga berkawan baik dengan haiwan peliharaan lelaki itu dalam rumah seperti kucing dan burung.
Antara ‘hadiah’ yang sering dibawa oleh burung hantu tersebut ialah anak ular dan tikus!
Menariknya, burung hantu tersebut juga berkongsikan ‘hadiah’ dibawanya kepada kucing dan burung peliharaan lelaki itu.
Sumber:Nang Time