Sebuah keluarga di Meerut, India gempar selepas menemui lebih 40 ekor anak ular dalam penghawa dingin rumah mereka.
Kejadian ini disedari oleh seorang petani yang dikenali sebagai Shradhaand yang dilaporkan masuk ke biliknya dan menemui seekor anak ular di lantai.
Beliau yang tidak megesyaki apa-apa, segera membuang anak ular itu ke luar tingkap.
Tidak lama kemudian, beliau kembali ke bilik dan menemui tiga ekor lagi anak ular di atas katil dan beberapa ekor lagi sedang melingkar keluar daripada penghawa dingin.
Ahli keluarganya segera membuka penutup penghawa dingin dan menemui kira-kira 40 ekor anak ular dalam saluran paipnya.
Kejadian itu menggemparkan seluruh penduduk kampung yang rata-rata berkumpul di rumah Shradhaanad bagi melihat sendiri insiden terbabit.
Menurut seorang veterinar tempatan, Dr. R K Vatsal berkata, kemungkinan ular bertelur di saluran paip itu adalah kerana penghawa dingin yang sudah lama tidak diservis.
Kesemua anak ular itu juga sudahpun dipindahkan ke kawasan hutan berhampiran.