Tiada Pelamin, Gadis Sempoi Bertunang Di Kedai Makan – “Benda Senang Je..”

Tidak semua menginginkan majlis pertunangan yang lengkap dengan pelamin atau barang hantaran, cukup sekadar sebentuk cincin tanda mengikat perhubungan sebelum melangkah ke fasa halal sebagai suami isteri.

Begitu dilakukan seorang pemuda, Aidil Idzham Riza yang ‘melangsungkan’ pertunangan secara sederhana seolah-olah tanpa dirancang di sebuah restoran dipercayai di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

“Mama kita sarung cincin dekat kedai makan je boleh kan? Alhamdulillah selesai satu lagi bahagian,” tulisnya yang juga pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kapsyen tersebut adalah komen balas kepada salah seorang individu yang memuji tindakan ‘sweet’ Aidil kerana berjaya melakukan kejutan apabila melamar tunangnya pada bulan lalu.

“Lelaki sweet macam ni ada jual kat Shopee tak? Mahal pun takpe, aku sanggup pre-order,” tulis individu berkenaan menerusi video dikongsi pemuda itu sebelum ini.
10 tahun persahabatan, akhirnya!
@aidilriza_Dulu lapar tapi sekarang dah kenyang. Dulu takde drip tapi sekarang berenang, dulu single, sekarang nak kahwin. 10 years friendship. Finally ❤️ #fyp
♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Tahniah! Sempoi je macam ni

Perkara senang, kita mudahkan…

Tunang, makan pastu terus bayar

Takde la penat buat persiapan