Perasan atau tidak, boleh dikatakan kehidupan kita
penuh dengan bebanan hutang. Apa tidaknya, kebanyakan dalam kalangan kita
membeli kenderaan, kediaman dan seumpamanya menerusi pembiayaan daripada pihak
bank atau institusi kewangan lain.
Semua itu dikategorikan sebagai hutang. Ia perlu
dilunaskan mengikut tempoh perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua
pihak.
Bercakap tentang hutang bank, rata-ratanya mampu
membayar komitmen berkenaan mengikut tempoh ditetapkan. Ini kerana
masing-masing enggan namanya disenaraihitam oleh institusi kewangan, selain
bimbang jika diisytihar bankrap.
Begitupun, entah mengapa apabila masih ada segelintir orang yang
masih memandang enteng dalam bab hutang piutang terutama apabila melibatkan
pinjaman dengan individu persendirian.
Mulut bukan
main manis berjanji untuk melunaskan mengikut tempoh ditetapkan, namun apabila
tiba waktunya, ada pula yang buat-buat lupa untuk membayarnya.
Malah, si
pemberi hutang atau pemiutang pula terpaksa menebalkan muka untuk menagih wang
yang pernah dipinjamkan sebelum ini. Demikianlah senario yang berlaku pada masa
ini kepada segelintir pihak.
Walaupun
semua mengetahui hutang wajib dibayar, tetapi masih ada sebilangan orang yang
membutakan mata dan memekakkan telinga tentang hal itu.
Ketahuilah
bahawa seorang pemiutang tidak berd0sa seandainya dirinya enggan menghalalkan
hutang penghutang tadi kepadanya, jelas pendakwah Muhammad Fahmi Rusli.
Beliau
menegaskan, orang yang mampu membayar hutang tetapi sengaja menangguhkan untuk
melunaskannya, ia merupakan satu perbuatan zalim.
Rasulullah
SAW bersabda: “Perbuatan orang yang kaya/mampu yang menangguh bayar hutang
adalah suatu kezaliman.” (Riwayat Muslim).
“Secara asasnya, si
pemberi hutang boleh meminta hutangnya secara baik. Jika penghutang berkeras
tidak mahu bayar, maka ketika ini barulah kita serahkan urusan ini kepada ALLAH
SWT di akhirat kelak,” katanya sebagaimana dipetik menerusi ciapannya di
Twitter miliknya ketika menjawab soalan warganet baru-baru ini.
Muhammad
Fahmi yang juga Pegawai Penyelidik di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan, Nabi Muhammad SAW telah memberi amaran
keras menerusi hadisnya mengenai golongan yang muflis di akhirat.
Antara
golongan berkenaan sebagaimana sabda baginda SAW: “Seseorang yang makan harta
orang lain (secara batil)…” (Riwayat Muslim)
“Kita
khuatir jika sengaja melewat-lewatkan bayar hutang dalam keadaan telah mampu
bayar, individu tersebut termasuk dalam kategori ini,” katanya.
Sesungguhnya,
perkara berkaitan dengan hutang tidak boleh dibuat ‘main’. Mereka yang
berhutang wajib melunaskannya meskipun roh sudah terpisah daripada jasad.
Ini kerana
ada hadis yang memberi amaran keras bahawa roh orang yang berhutang akan
tergantung seandainya hutang tadi tidak dijelaskan.
Diceritakan
bahawa Rasulullah SAW enggan menyempurnakan solat jen4zah buat orang yang tidak
menjelaskan hutang.
Anas bin
Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi
seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya: “Apakah sahabat kalian
ada memiliki hutang?” Mereka menjawab: “Ya.”
Lalu baginda
bersabda: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang
rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku
akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat
baginya.” (Riwayat at-Tabarani)
Justeru,
berhati-hatilah apabila berhutang. Usah meIengah-Iengahkan bayaran atas
pembiayaan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Sumber Islam
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.