“Tidak Mahu Kembali..”-Wanita K0ngsi Pengalaman Tinggal Di ‘Bandar H4ntu’ Forest City J0h0r Bahru

Marielle Descalsota, wanita muda yang berasal dari Manila dan bertapak di Singapura telah berkunjung ke Johor Bahru, bandar paling selatan di Malaysia. Tujuannya adalah satu, untuk berkunjung dan merasai sendiri pengalaman menetap selama 3 hari di ‘bandar h4ntu’ Forest City yang terkenal dengan projek mewah bernilai tinggi.

FOTO : INSIDER/MARIELLE DESCALSOTA
Dia yang bekerja sebagai wartawan untuk Insider menulis dalam catatan pengalamannya bahawa bandar ini dianggap ‘bandar h4ntu’ kerana kapasiti penduduknya kini kurang dari 5%, manakala laporan terakhir 2019 menyebut bahawa hanya 500 penduduk yang berpindah ke sana.

“Apabila saya melawat bandar itu, ia mempunyai galeri jualan, pusat membeli-belah, sekolah antarabangsa dan dua pusat peranginan, tetapi sangat sedikit perniagaan yang beroperasi. Sebidang tanah telah dikhaskan untuk pembangunan, tetapi tidak jelas sama ada projek ini akan diteruskan,” katanya.

FOTO : INSIDER/MARIELLE DESCALSOTA
Sepanjang tiga hari di Forest City, Marielle tinggal di Forest City Golf Resort. Ketika sampai di sana, suasana sunyi, jalan raya sepi. Katanya, satu-satunya orang yang kelihatan hanyalah seorang pengawal keselamatan. Dia difahamkan bahawa resort ini telah ditutup selama dua tahun dan akan dibuka semula dalam beberapa bulan akan datang.

Pengalaman pertama ketika sampai di resort tersebut, dia akui resort ini gah dan mewah. Dia tinggal di suite deluxe untuk tiga malam yang berharga RM458 ($104) untuk satu malam.

Sepanjang berada di sana, Marielle telah merasai beberapa pengalaman yang kurang enak. Dalam tulisan yang disiarkan di laman Insider, beliau menulis bahawa agak sukar untuk berhubung dengan dunia luar kerana talian internet di hotel terbabit perlahan. Manakala dari segi pengangkutan pula, lima syarikat teksi tempatan tidak mahu mengambilnya dan memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai pemandu yang bersedia untuk datang ke resort.


FOTO : INSIDER/MARIELLE DESCALSOTA
“Tiada kedai serbaneka yang ditemui di Forest City, begitu juga perkhidmatan penghantaran makanan — saya menunggu selama dua jam untuk pesanan saya diproses tetapi tidak berjaya,” katanya.

Selain itu, beliau juga menulis pengalaman pengunjung menj3rit melihat tikus berlari di ruang makan, jakuzi yang mengeluarkan kotoran karat dan pengalaman ketiadaan elektrik selama lima jam. Bagi isu tikus, pengurusan hotel mengambil tindakan pantas dengan meningkatkan kawalan haiwan per0sak dari sekali kepada dua kali seminggu. Manakala isu ketiadaan elektrik, pihak pengurusan memberitahu Marielle bahawa Tenaga National Berhad telah melakukan kerja-kerja menaik taraf pada hari ketiadaan elektrik.

Namun beliau tidak nafikan keselesaan sepanjang menginap selama tiga hari di resort tersebut. Pemandangan cantik menghadap padang golf dengan kolam renang besar. Ruang bilik yang luas dan mewah dengan balkoni panorama dan “suasana sunyi sepanjang hari” telah membuatkan beliau tidur nyenyak sepanjang tiga malam menginap di sana.


FOTO : INSIDER/MARIELLE DESCALSOTA
Selain itu, dia bertemu dengan beberapa pelancong dari Singapura yang berkunjung ke Forest City untuk bermain golf kerana ia “menawarkan pengalaman bermain golf yang menarik”. Di laman Google, resort ini mendapat ulasan terbaik dari pengguna yang hadir untuk bermain golf.

“Resort ini kelihatan seperti bernilai untuk wang pada pandangan pertama, tetapi pada penghujung hari ketiga saya, saya dapat melihat mengapa harganya sangat rendah.

“Kakitangannya ramah dan suite ini berpatutan, dan saya dapat melihat mengapa ia menarik untuk set bermain golf.

“Tetapi bagi saya, sebagai pelancong yang tidak cuba menghabiskan sepanjang hari di padang golf, tidak ada sebab untuk berada di resort. Kemungkinan resort ini akan lebih baik di masa hadapan, terutamanya apabila pelancongan mula meningkat. Tetapi buat masa ini, ia bukan tempat yang saya mahu kembali.”

FOTO : INSIDER/MARIELLE DESCALSOTA
Forest City merupakah hartanah serba mewah dan elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor dan mempunyai keluasan sehingga 1,370 hektar. Diumumkan pada tahun 2006, projek itu diletakkan di bawah China’s Belt and Road Initiative dan dijangka siap pada 2035 dengan kos sebanyak USD$ 100 bilion. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Tahun lalu, sebuah saluran YouTube Top Luxury, telah meletakkan Forest City dalam senarai Most Us3less Megaprojects in the World.

“Rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli pangsapuri ini kerana harga hartanah ditetapkan dengan hanya memikirkan pasaran China. Kemasukan pelabur China ini telah menyebabkan bantahan orang ramai dengan [mereka yang] menentang projek ini menggelarnya sebagai bentuk penjajahan baharu. Jadi selepas bertukarnya kepimpinan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad melarang warga asing memiliki hartanah di Forest City,” kata lap0ran itu.

Kesan lain mengapa projek ini tidak berjaya adalah berlakunya pandemik C0V1D-I9 di mana kebanyakan pelabur mula menarik diri. Pada awal 2020 sahaja, difahamkan bahawa kurang dari 500 orang yang berpindah masuk ke Forest City. Ia angka yang sangat rendah memandangkan Forest City dibina untuk memuatkan hampir 700,000 orang. Manakala jurujual memberitahu Top Luxury bahawa kurang dari 10 rumah yang berjaya dijual di sana sejak tahun 2020.

Sumber : Vocket