Kalau bercakap pasal kurus, biasanya kaum wanita sanggup berbuat apa saja. Jika kita suruh mereka berjaga, sampai pagipun mereka sanggup. itulah pentingnya kurus. Kurus itu cantik. Kali ini kami akan kongsikan tentang khasiat telur rebus dan bgusnya jika anda amalkan diet telur rebus.
Terlalu ramai wanita yang mencari cari formula untuk kurus. Terutama mereka-mereka yang baru habis berpantang selepas melahirkan anak. Ada yang sanggup berhabis asalkan mereka kembali langsing. Sebenarnya anda tidak perlu risau kerana anda hanya perlu amalkan diet telur rebus. Disamping itu juga anda telah menyerapkan khasiat telur rebus ke dalam diri anda.
Kini anda tidak perlu lagi membuang duit beratus atau beribu hanya kerana nak kurus setelah mengetahui tentang diet telur rebus. Diet ini tengah hot jadi anda cubalah betul-betul mana tahu rezeki anda di sini. Bila dah kurus, suami sayang dan tidak melepak di kedai kopi lagi.
Telur rebus
Biasanya kaum lelaki sahaja yang suka makan telur separuh masak diwaktu pagi. Ianya untuk mengekalkan tenaga. Anak-anak pula suka makan telur mata kerbau atau telur dadar. Telur rebus ramai tidak menyukainya kononnya jika terkeluar angin, baunya!!! Selain telur separuh masak, telur rebus juga mempunyai khasiat yang tersendiri jika diamalkan.
Telur rebus mengandungi sekitar 70 kalori iaitu lebih dari 6 gm protein berkualiti tinggi serta mengandungi lemak tak tepu dan sejumlah besar vitamin D. Telur rebus mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia kaya dengan potassium, zat besi, folik, vitamin E, zink dan protein.
Pengambilan telur rebus juga menyebabkan anda merasa kenyang dalam waktu yang cukup lama dan juga dapat mengawal nafsu makan anda.
KHASIAT TELUR REBUS
Berikut adalah khasiat telur rebus jika diamalkan secara konsisten:
Menjaga Kesihatan Mata
‘Karotenoid’ memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari berbagai-bagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan. Umumnya terjadi pada orang dewasa ditambah faktor peningkatan usia.
Menjaga Kuku Agar Sihat dan Kuat
Telur rebus mengandungi sulfur yang tinggi. Ia merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, anti oksidan dan vitamin D yang terdapat di dalam telur yang direbus mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak rapuh atau tidak mudah patah.
Meningkatkan Kesihatan Otak
Jika anda mengambil telur rebus secara rutin, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan otak kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik iaitu zat yang sangat diperlukan untuk menjaga fungsi otak.
Dengan pengambilan sumber ‘choline’ yang terdapat di dalam telur dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.
Menurunkan Berat Badan
Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa telur rebus sangat efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya dengan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet.
Anda tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan dengan pengambilan telur.
Sangat Baik Untuk Kesihatan Tulang
Kandungan vitamin D yang tinggi di dalam telur rebus dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.
Oleh itu makanlah telur rebus secara rutin kerana ia mampu membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.
Elok Untuk Darah
Pengambilan telur rebus secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung anda. Selain mencegah berlakunya pembekuan darah, secara tidak langsung dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut tersumbat serta risiko diserang strok.
Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Artikel Berkaitan Peria Katak Penawar Penyakit Kencing Manis, Amalkan Meminum Jus Peria Setiap Pagi
Telur rebus adalah sahabat yang baik kepada gadis atau kaum wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini kerana ia dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.
Diet telur rebus sesuai dijadikan amalan harian dengan menu yang berbeza
Jadual Diet Telur Rebus
Berikut adalah jadual diet telur rebus untuk seminggu:
Isnin
# Sarapan:buah-buahan dan 2 biji telur rebus
# Makan Tengah hari: Sebiji epal hijau dan roti gandum penuh
# Makan Malam: Salad dan ayam masak stim
Selasa
# Sarapan: Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
# Makan Tengah hari: salad dan ayam panggang
# Makan Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren / limau
Rabu
# Sarapan: Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
# Makan Tengah hari: Keju rendah lemak, tomato dan roti/sandwich
# Makan Malam: Salad dan ayam masak stim / sup ayam
Khamis
# Sarapan: Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
# Makan Tengah hari: Buah-buahan
# Makan Malam: Salad dan ayam masak stim / sup ayam
Jumaat
# Sarapan: Buah-buahan dan 2 biji telur rebus
# Makan Tengah hari: Sup sayur dan 2 biji telur rebus
# Makan Malam: Ikan bakar dan salad / ulam
Sabtu
# Sarapan: Buah-buahan dan 2 biji telur
# Makan Tengah hari: Buah-buahan
# Makan Malam: Salad & ayam masak stim / sup ayam
Ahad
# Sarapan: Buah-buahan dan 2 biji telur
# Makan Tengah hari: Ayam bakar/ayam masak stim bersama salad / sayur
# Makan Malam: Sup sayur