Tips Rebus Jagung Isi Sedap Tak Kecut, Kena Cuba!

Perasan tak bila beli jagung rebus di kedai, mesti elok isi jagung tak kecut dan kekal manis? Bila cuba di rumah, lain pula jadinya dan isi jagung kecut walapun dah cuba tips rebus jagung yang disarankan. Memang mengecewakan!

Nak dapatkan jagung rebus tak kecut mudah sahaja cara menyediakannya tetapi perlu menggunakan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang puas hati seperti beli di kedai. Nak tahu macam mana? Ikuti tips rebus jagung isi sedap tak kecut di bawah. Barulah tak kecewa!

TIPS REBUS JAGUNG ISI SEDAP TAK KECUT, KENA CUBA

1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung kerana ia akan keraskan isi jagung anda.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.

3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semulajadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung, biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

Itu sahaja tips rebus jagung yang sedap. Memang rasa luar biasa daripada yang biasa. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Salman Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *