Tips Simpan Buah Petai Boleh Tahan Hingga Berbulan-Bulan, Jimat!

 

Kebiasaannya buah petai dijamu secara mentah yang dijadikan sebagai ulam mahupun dimasak dalam pelbagai hidangan yang enak. Di pasaran, buah petai dijual dalam kuantiti yang banyak mengikut papan dan ada juga yang dijual di dalam paket. Sekiranya tidak tahu tips simpan buah petai yang betul, tak sampai sebulan ia boleh cepat rosak.

Justeru itu, jika anda peminat buah petai jom ikuti tips di bawah tentang bagaimana cara menyimpan petai yang boleh bertahan sehingga berbulan-bulan lamanya. Jom cuba!

CARA MENYIMPAN BUAH PETAI HINGGA BERTAHAN LAMA

Cara simpan petai berbulan-bulan. Mana dia pencinta petai? Muncul la dikau… Huhuhu! Seram tak ku seru tu?

Hari ni mama nak kongsi cara-cara untuk simpan petai yang boleh tahan berbulan-bulan. Jadi jimat duit korang RM 15 untuk sepeket kecil petai tu kat pasaraya. Hehehe.

Macam mana nak buat?

TIPS SIMPAN PETAI BOLEH TAHAN BERBULAN-BULAN!

Beli petai segar masa masih tengah murah ni kan. Dekat Kelantan range harga RM60-80 untuk 100 papan petai.

 Kupas kulit petai dan buang selaput putih tu. Tinggal petai tu hijau je ye.

tips simpan buah petai

Peketkan petai dalam plastik ikut kuantiti nak makan. (Tak perlu basuh)

Frozen kan petai tu. InsyaAllah tahan berbulan-bulan dan petai tahan lama serta rasanya tak kan berubah.

Ingat taw frozen, bukan letak dalam peti biasa tu. Dekat tempat beku ya.

 Nak guna nanti, korang rendam je petai frozen tu dalam air biasa dan bilas bersih.

Nak lagi tahan lama, boleh guna vakum pack. Tapi mama guna plastik ziplock je.

So, boleh la masak sambal petai ke nasi goreng petai ke nyummm!

Selamat mencuba.

#mamacikgumasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *