Kebiasaannya buah petai dijamu secara mentah yang dijadikan sebagai ulam mahupun dimasak ke dalam pelbagai hidangan yang enak. Di pasaran, buah petai dijual dalam kuantiti yang banyak mengikut papan dan ada juga yang dijual di dalam paket.
Apabila dibeli secara banyak, sudah pasti harus dihabiskan dalam tempoh masa yang tertentu. Justeru itu, jika anda peminat buah petai jom ikuti tips di bawah tentang bagaimana cara menyimpan petai yang boleh bertahan sehingga berbulan-bulan lamanya. Jom cuba!
CARA MENYIMPAN BUAH PETAI HINGGA BERTAHAN LAMA
Beli petai murah pada musim dia. Ini RM60 untuk 100 papan.
Cara simpan petai berbulan-bulan. Mana dia pencinta petai? Muncul la dikau… Huhuhu! Seram tak ku seru tu?
Hari ni mama nak kongsi cara-cara untuk simpan petai yang boleh tahan berbulan-bulan. Jadi jimat duit korang RM 15 untuk sepeket kecil petai tu kat pasaraya. Hehehe.
Macam mana nak buat?
CARA SIMPAN PETAI BOLEH TAHAN BERBULAN-BULAN!
Beli petai segar masa masih tengah murah ni kan. Dekat Kelantan range harga RM60-80 untuk 100 papan petai.
Buang selaput putih, tinggal hijau je.
Kupas kulit petai dan buang selaput putih tu. Tinggal petai tu hijau je ye.
Simpan dalam plastik ikut keperluan dan frozenkan. Tak perlu basuh. Nak guna nanti baru basuh.
Peketkan petai dalam plastik ikut kuantiti nak makan. (Tak perlu basuh)
Frozen kan petai tu. InsyaAllah tahan berbulan-bulan dan petai tahan lama serta rasanya tak kan berubah.
Ingat taw frozen, bukan letak dalam peti biasa tu. Dekat tempat beku ya.
Nak guna nanti, korang rendam je petai frozen tu dalam air biasa dan bilas bersih.
Nak lagi tahan lama, boleh guna vakum pack. Tapi mama guna plastik ziplock je.
So, boleh la masak sambal petai ke nasi goreng petai ke nyummm!
Selamat mencuba.
#mamacikgumasak
Sumber: Facebook Hasifah Che Mat via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)