Toksin Dalam Ubi Kayu Boleh Menyebabkan Koma, Ini Cara Buang Dengan Betul

Sebelum ini tular di media sosial satu kisah mengenai cendawan beracun yang menyebabkan mereka sekeluarga dimasukan ke hospital akibat keracunan. Perkara ini memberi pengajaran kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Selain cendawan, ubi kayu juga mengandungi toksin semulajadi yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri. Jadi, berikut merupakan cara untuk membuang toksin berbahaya itu.

TOKSIN DALAM UBI KAYU BOLEH MENYEBABKAN KOMA
Linamarin adalah sejenis toksin semulajadi yang terkandung dalam tumbuhan pokok ubi kayu. Toksin ini akan membebaskan Hidrogen Sianida (HCN) yang boleh menghalang penggunaan oksigen di didalam sel badan lalu menyebabkan toksin kepada manusia.

Sebab itu ada sesetengah orang akan pening dan muntah selepas makan ubi kayu. Ada yang kata akibat alahan dan masuk angin.
Sebenarnya toksin ini adalah sebahagian dari mekanisma pertanan tumbuhan dari serangan binatang dan serangga.

Untuk membuang bahan toksin berbahaya ini:

Buang kulit ubi kayu (kulit ubi kayu paling bertoksin!) – ini dapat mengurangkan 50% toksin
Rendam ubi kayu semalaman – ini dapat mengurangan 90% toksin
Potong ubi dengan saiz yang kecil

Dalam kuantiti yang banyak, bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah saraf, lumpuh dan kematian. Sesiapa yang ada masalah Hati , ubi kayu perlu diproses dengan betul untuk mengelakkan mudarat.

Perkongsian ini bukan untuk mengatakan ubi kayu makanan yang beracun tetapi untuk memberi pendidikan mengenai cara memasak ubi kayu yang betul untuk mengelakkan keracunan.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *