Tr4uma ‘tr4gedi’ lalu, budak 4 tahun men4ngis syukur dapat tengok adik baru lahir… siap ucap ‘terima kasih papa

CEMBvRU dalam kalangan adik beradik biasanya mula timbul apabila mereka menerima ‘ahli’ baharu dalam keluarga.

Namun berbeza pula kisah keluarga ini apabila anak sulung mereka men4ngis melihat adiknya yang baru sahaja dilahirkan pada 14 November lalu.

Detik menyentuh emosi itu dirakam oleh bapanya, Haziq DSubhi, 31, di hadapan rumah mentua selepas isterinya pulang dari hospital, 15 November lalu.

“Dari awal lagi kami dah plan nak buat kejutan dekat dia. Sebelum tu kami cuma video call tunjuk adik dia baru lahir.

“Memang dia seronok masa call tapi agak m4rah sebab kami masih tak boleh pulang bawa adik dia balik. Nak bawa dia sekali tak boleh sebab hospital tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Haziq yang kini bergelar bapa kepada dua cahaya mata, anaknya, Qaiser Zul Irsyad, yang berusia empat tahun ini begitu beremosi menyambut kelahiran adiknya disebabkan ‘tr4gedi’ menyedihkan empat tahun lalu.

Dia yang merupakan seorang peguam sebuah syarikat di ibu kota berkata, isterinya pernah mengalami kegvguran sebelum ini.

“Sebelum ni wife saya pernah pregnant tapi sayangnya kegugvran jadi masa tu pun terpaksa masuk ke hospital.

“Masa nak masuk wad anak sulung saya ada sekali teman saya. Reaksi dia masa tu sangat sedih sebab baby ‘tak jadi’ dalam kandungan.

“Mungkin sebab kejadian itulah buatkan dia teruja sangat sampai men4ngis bila dapat adik baharu ni,” jelasnya.

Setelah apa yang berlaku terhadap kandungan isteri yang terdahulu, Irsyad atau lebih mesra dipanggil Icad ini lebih kerap bertanyakan mengenai perkembangan bayi baharu ini.

Kata bapanya, Icad risau jika perkara sama berlaku kepada adiknya yang amat dinanti-nantikan ini.

Haziq bersama ahli keluarganya.

“Masa isteri meng4ndung kali ini, Icad memang menantikan kelahiran adik dia. Lepas dapat tahu perut ibunya ‘ada isi’ dia dah bertanya itu dan ini.

“Setiap hari kena terangkan semua perkara fasal kandungan ibu sebab dia sangat excited nak tahu apa berlaku. Dia akan tanya mama OK ke tak. Dia juga ikut teman setiap kali ada check up baby.

“Lepas adik dia kami bawa balik ke rumah, mereka tidur sama-sama. Selang 10 hingga 15 minit dia akan c1um adik,” ujar Haziq lagi.

Video menunjukkan Icad men4ngis ketika menyambut adiknya ini menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 1.9 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Pelbagai reaksi netizen dapat kita lihat di ruangan komen malah ada juga yang berkongsikan kisah sedih mereka membuatkan Haziq tersentuh membacanya.

“Lepas video tu viral, ramai komen yang sangat positif dan banyak orang mendoakan kesejahteraan anak. Tapi ada juga komen yang saya perasan mereka melu4hkan perasaan dan berkongsi pengalaman membuatkan saya rasa tersentuh dan perlunya bersyukur atas rezeki dapat anak ni.

Icad sering bertanya kepada ibu bapanya mengenai adik dalam kandungan.

“Saya sedar tak semua orang bernasib baik dan kalau kita rasa pengalaman kita lalui tu agak teruk, ada yang lebih teruk. Contohnya belum dapat baby. Jujurnya saya berasa simpati dan sedih dengan nasib orang lain.

“Saya juga nak mendoakan kesejahteraan kepada semua netizen agar dikurniakan rezeki yang lebih baik daripada saya. Kepada yang sedang dalam proses menunggu anak tak kira berapa angka giliran, saya mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah,” katanya menutup kisah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar.com.my