Tumpang teduh di pondok usang tepi sawah…asalkan ada tempat uNtuk berteduh

Melaka: “Di sinilah saya menumpang tidur sejak tiga tahun lalu,” kata Zaidi Sohot, yang tinggal di pondok usang di tepi sawah di Klebang Besar, di sini.

Zaidi, 54, berkata dia tetap bahagia hidup sendirian dengan melakukan pelbagai usaha termasuk menjual barang lusuh, kotak, tin dan besi buruk.

Dia yang pernah berkahwin sebelum berpisah ketika anak tunggalnya berusia lima tahun mengakui sukar untuk dinyatakan rentetan perjalanan hidupnya, namun tetap bersyukur dengan takdir Allah SWT

Saya pernah pengsan sendirian selama sehari berhampiran pondok terletak di tepi sawah ini akibat komplikasi paru-paru berair dan asma.

 

“Bagaimanapun, saya tetap berusaha sendiri untuk meneruskan kehidupan dan gembira kerana pemilik sawah berkenaan memberi kebenaran untuk mendirikan pondok kayu ini, tiga tahun lalu.

“Pemilik tanah yang saya anggap seperti kakak sendiri itu amat berjasa buat saya, walaupun pondok ini tiada kemudahan air dan elektrik kerana apa yang penting adalah saya sihat buat masa ini,” katanya.

Menurutnya, ada kalanya dia tidur di dalam kereta miliknya terutama ketika hujan.

Katanya, dia memiliki kebolehan membaiki barang elektrik termasuk kipas yang menjadi pendapatan sampingannya.

“Saya pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, penjaga tandas, kerja kampung dan kontrak sebelum ini, namun kesihatan tidak menentu menyebabkan saya pasrah dengan ketentuan Ilahi.

“Saya turut sering tidur di hentian bas dan wakaf sebelum menumpang di pondok terbabit,” katanya.

sunber ;metro