Tunggu Hari Bersalin? Jururawat Nasihatkan Ibu Hamil Elak Makan Petai

Petai merupakan makanan kegemaran orang Malaysia tidak kiralah dimasak sambal atau diratah sebagai ulam semata-mata. Namun bagi ibu hamil pula, anda haruslah mengawal kuantiti pengambilan buah petai ini tidak kiralah di awal kandungan ataupun menghampiri tarikh bersalin. Bak kata orang tua-tua dulu, “makan biarlah berpada-pada”.

Khasiat buah petai bagus untuk perkembangan gigi & tulang janin
Secara ringkasnya melalui portal The Asian Parent, petai dipercayai mampu memberikan manfaat pada ibu hamil kerana khasiatnya dapat membantu proses pembentukan tulang dan juga gigi bayi anda di dalam kandungan. Selain mencegah risiko masalah esteoporosis dan juga anemia, kandungan protein yang tinggi daripada buah ini dapat meningkatkan kadar upaya tubuh.

27 minggu boleh makan lagi…Paling lewat sampai minggu 37 je
Berbalik kepada kandungannya yang akan membuatkan air kencing menjadi busuk, seorang jururawat ini tampil memberikan peringatan agar ibu hamil elakkan memakannya lagi-lagi sedang menunggu hari beranak. Bukan sahaja air kencing, malahan najis pun akan berkemungkinan berbau petai. Justeru adalah lebih baik anda amalkan minum air kelapa agar bayi yang akan dilahirkan nanti berada dalam keadaan bersih.


Masa kat labour room, jiran sebelah pecah air ketuban awal…Bau kuat…Pening nak layan contraction
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen faham dengan maksud sebenarnya yang cuba disampaikan oleh jururawat itu. Tidak ketinggalan, ramai juga berkongsikan pengalaman mereka pernah terhidu bau yang kurang menyenangkan berdekatan dengan labour room gara-gara ada patient makan petai sebelum bersalin.

Kredit : TikTok yanna missy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *