Ubat Demam Tak Boleh Simpan Lama Dalam Peti Sejuk! Doktor Buat Pendedahan

Pasti ramai yang tak tahu lagi ubat demam paracetamol anak atau budak kecil yang jenis cecair tu sebenarnya tak boleh simpan dalam peti sejuk. Masa dapat ubat dekat klinik mungkin jururawat tak sempat nak bagitahu semua, tapi sebenarnya ada tulis di botol. Kalau baca betul-betul ada tulis simpan pada suhu bilik atau dalam bahasa inggeris ‘keep at room temperature’. Maksud dia adalah simpan di tempat yang suhu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Walaupun dah tulis pun sebenarnya tapi kadang-kadang ramai ibu bapa dekat luar sana tak baca. Mungkin ada yang dah baca tapi buat tak kisah atau tak peduli juga sebab kononnya lebih pandai. Yang paling ramai buat adalah simpankan ubat tersebut dalam peti sejuk. Kononnya bila simpan dalam peti sejuk ubat akan tahan lebih lama. Ye lah mungkin mereka ingat ubat ni macam makanan-makanan lain yang tak habis simpan dalam peti sejuk, boleh makan lagi lepastu.

Kenapa Ubat Demam Jenis Cecair Tak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk Terlalu Lama
Perkara ini bukan seorang dua buat tapi ramai dah buat sebenarnya. Jadi ramai sebenarnya golongan pakar seperti doktor telah memperingatkan mengenai hal ini kepada masyarakat. Antaranya adalah perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari di media sosial beliau.

Demam Anak Kecil Tak Kebah Walaupun Dah Bagi Ubat Demam

Beliau sendiri mempersoalkan kepada khalayak umum bahawa siapa lagi yang tak tahu sebenarnya bahaya kalau simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk. Menurutnya dulu selalu rasa pelik kenapa ramai ibu bapa yang bawa anak berjumpa beliau dan bagitahu demam panas anak kecil mereka tidak kebah atau hilang padahal dah berikan ubat demam masa di rumah

Padahal rupa-rupanya anak yang kecil tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama di dalam peti sejuk. Terdapat kemungkinan besar ubat tersebut telah pun rosak dan tak berkesan lagi. Patutlah budak itu asyik merengek sahaja, badan panas suhu tak turun-turun rupanya.

Ubat Demam Dah Dibuka Tak Elok Simpan Lama

Pada asalnya, semasa ubat demam dibotolkan di kilang ubat, ianya telah diisikan dengan clean air atau udara bersih. Mungkin ada juga yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tersebut pula telah dicampurkan bersama bahan pengawet atau preservatives untuk mencegah pembiakan bakteria dalam ubat tersebut.

Namun, apabila kita buka penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa pula akan masuk ke dalam. Oleh sebab itulah tak bagus simpan lama-lama ubat demam yang telah dibuka kerana udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat

Kesilapan Letak Ubat Demam Dalam Peti Sejuk

Selain bila dah buka ubat demam simpan lama, terdapat satu lagi kesilapan yang sering dibuat iaitu meletakkan ubat demam di dalam peti sejuk sehingga berbulan-bulan. Padahal suhu yang rendah di dalam peti sejuk tersebut akan membuatkan proses kondensasi berlaku di dalam botol ubat tersebut.

Kalau tak percaya bila dah simpan nanti, bukalah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul di situ. Wap air tersebut tak ada bahan pengawet jadi bakteria dan kuman senang sangat untuk membiak apabila wap air tersebut bercampur dengan ubat

Bakteria Membiak Smapai Rosakkan Ubat

Elok-elok kita ingat ubat demam tersebut tahan lama di dalam peti sejuk. rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai boleh merosakkan ubat. Lepas tu kita jugalah yang pergi beri makan ubat rosak itu dekat anak dan akhirnya pening kepala sebab demam di kecil tu tak kebah-kebah juga.

Nasihat Pakar

Nasihat beliau, ubat demam kat rumah itu nanti kalau dah buka letakkan sahaja di tempat kering pada suhu bilik. Lebih bagus tak perlu simpan lagi dah bila anak dah sihat dalam erti kata lain buang sahaja bila dah habis guna.

Tapi kalau nak simpan sekalipun, paling lama cukup sehingga 2 bulan sahaja. Selepas itu buang sahaja walaupun masih ada baki. Harapnya ramai tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk setelah tahu maklumat ini.

Dr. Ahmad Luqman Bukhari juga meminta agar menyebarkan ilmu yang sangat penting ini kepada mak ayah yang lain juga. Kesian sangat pada anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas kerana mak ayah dia tersilap berikan berikan ubat demam yang dah rosak.

Jadi lepas ini dah tahu jangan ulang lagi perkara yang sama. Boleh juga share pada yang lain agar tak ulangi perbuatan yang sama. Selain itu, anak kecil bawah 2 tahun juga tak boleh beri makan ubat batuk atau selsema tau!

sumber;my sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *