Umur Baru 12 Tahun Kumpul Duit Beri Hadiah Ibu Cincin Emas, Buat Netizen Sebak.

Aura emas ini sungguh kuat! Bukan sahaja disukai orang dewasa terutama kaum hawa tetapi juga golongan kanak-kanak.

Seorang kanak-kanak lelaki telah memilih hadiah barang kemas untuk meraikan hari jadi ibu.

Biarpun terpaksa mengumpul duit dalam tempoh yang lama, kanak-kanak ini nekad untuk memberi hadiah istimewa ini buat ibu biarpun harga sehingga ratus ringgit.

Perkongsian ibu kepada kanak-kanak lelaki ini di facebook Nurz Ismailgroup Update Harga Emas Semasa telah menarik netizen.

Rata-rata komen netizen meluahkan rasa sebak melihat cara anak lelakinya santuni ibunya.

Seterusnya ikuti perkongsian ini.

Kumpul duit beli hadiah hari jadi ibu

Haritu terdengar anak tanya atok”atok ada dak emas murah-murah adik nak beli kat ibu” atok bagi tau emas lani mahal ada ka duit. Ada adik simpan sikit-sikit.

Semalam anak punya paksa abah bawa pi GIANT anak suruh ibu jalan ngan adik-adik tuggu kat bawah dia nak naik atas ngan abah ja mana boleh ibu ikut sekali rupa-rupanya nak beli hadiah bufday ibu. Ya Allah terharu.

Rupanya nak pergi kedai emas beli cincin kat ibu baru umur 12 tahun ank ibu kumpul duit beratus nk beli kat ibu.

Dah bagitau jangan beli boleh simpan duit tu, nak beli juga.

ANAK BAGITAU YANG NI JA ADIK MAMPU NANTI ADIK BESAR KALAU ADA REZEKI ADIK BELI LAGI BESAR KAT IBU.

Anak teruna 12 tahun baru. Semoga menjadi ank&abg yg soleh kpda adik2 berjaya dunia akhirat

Netizen sebak cara adik lelaki itu santuni ibunya.