Umur Dah Cecah 89 Tahun, Hasil Tangan Atuk Tulis Jawi Atas Kek Ini Dapat Sambutan Ramai

Menulis perkataan jawi di atas kertas mungkin sudah biasa kita lihat

Tetapi, pernahkan anda melihat tulisan jawi yang ditulis di atas kek? Sudah tentu ia adalah perkara yang jarang berlaku dan boleh dikatakan ‘rare’ pada masa ini.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang warga emas menulis tulisan jawi di atas kek telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga emas menunjukan kemahirannya dengan menulis tulisan jawi di atas sebuah kek.

Walaupun umurnya kini sudah mencecah 89 tahun, namun itu bukanlah penghalang buatnya untuk melakukan perkara yang disukai.

Warga emas itu pada asalnya bekerja sebagai guru sebelum mengambil keputusan untuk beralih ke minatnya itu. Difahamkan tulisan jawi yang ditulis adalah dalam bentuk doa dan ucapan.

“Kalau aku dapat kek macam ni aku sayang weh nak potong. Mahu letak dalam kotak kaca buat perhiasan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi positif mereka selepas melihat kebolehan warga emas itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @aishaammaar (TikTok)

Image via @aishaammaar (TikTok)