[Vide0] “ᴍᴀᴋʜʟᴜᴋ Air ᴛᴇʀᴊᴜɴ siap buat peace” – Niat Nak K0ngsi Suasana Berkelah, Lain Pulak Yang Netizen Nampak

Mahkluk Air Terjun Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, banyak perkongsian di TikTok berkenaan travel atau tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sama ada di Malaysia mahupun luar negara.

Seperti satu perkongsian yang melintas di FYP ni semalam, pengguna TikTok @miftahnfs ingin kongsikan sebuah tempat untuk berlibur yang dikatakan terletak di Indonesia iaitu Air Terjun Batu Lempar Gedog.

Namun, apa yang membuatkan ramai ‘tak senang’ dengan perkongsian tersebut adalah ‘penampakan’ sesuatu yang dipercayai ada kaitan dengan unsur mistik kerana kelihatan ‘makhluk’ tersebut berada di celahan batu di bawah jambatan di kawasan tersebut.

Umum ketahui, biasanya tempat-tempat seperti air terjun dan sebagainya ini sering dikatakan keras dan mempunyai penunggu.

Tetapi, menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok tidak terkejut dengan adanya ‘makhluk’ tersebut tetapi mereka lebih terkejut kerana ia kelihatan membuat tanda ‘peace’ seperti gaya anak-anak zaman sekarang.

Selain ramai yang terkejut kerana kebolehan ‘hantu’ tersebut membuat tanda peace, ramai yang mengatakan bahawa video ini sebenarnya telah disunting selain ramai yang berpendapat bahawa ia disengajakan atau ‘makhluk’ tersebut sebenarnya kawan kepada perakam.

Ada juga netizen yang ‘bermata tajam’ yang mengatakan sebenarnya makhluk tersebut sebenarnya manusia yang kebetulan mandi di bawah jambatan tersebut kerana kelihatan ia memakai seluar selain kakinya dilunjurkan ke hadapan.

Komen Tiktok Mahluk Air Terjun
Nak bagi komen lebih pun, kita tak berada di sana. Tapi, zaman sekarang ni, orang sanggup buat apa sahaja hanya untuk konten dan like…

Sumber: Lobak Merah