[VIDE0] Ramai Terhibur Pak Cik Ni Boleh Tiru Suara D0raem0n & Detective C0nan!

Tanyalah sesiapa pun, mesti ramai yang akan kenal dengan animasi Doraemon dan juga Detective Conan kan? Selain dari Crayon Shin Chan, dua kartun ni boleh dikatakan favourite zaman budak-budak dulu. Auto rasa muda!

Malah, untuk seseorang tu meniru kedua-dua suara watak Doraemon dan juga Detective Conan ni memang susah. Ada yang perlukan practice bertahun-tahun untuk dapatkan bunyi yang sama.

Lain pula cerita menerusi satu perkongsian video Tiktok milik @datok.2 ni, yang mana rakaman seorang pak cik dengan selamba meniru suara Doraemon dan terus masuk pula watak Detective Conan dalam masa yang sama.

Ramai yang terhibur dengan bakat pak cik ni siap mengatakan bahawa dia mungkin menggunakan masa bersama cucu untuk ‘berlatih’ supaya dapat meniru suara kedua-dua watak animasi yang popular di kalangan kanak-kanak itu.

Memang untung lah eh cucu-cucu dia!

Bukan tu je, turut ada yang meminta supaya pak cik ini pergi ke mana-mana ujibakat untuk melakonkan voiceover bagi watak-watak animasi di Malaysia sendiri untuk meluaskan lagi bakatnya itu.

Tak kurang juga yang mendoakan supaya pak cik ini diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menghiburkan lagi orang ramai dengan bakatnya itu. Walaupun hanya meniru suara karakter kartun, tapi ianya cukup untuk buat ramai menggamit semula kenangan sewaktu kecil dulu!

Aci tak kalau min cakap min pun rajin je lagi layan kartun sekarang? Hihihi…

Komen Netizen:

 

Sumber : https://lobakmerah.com/