Viral! Lelaki tangkap ular tedung selar seberat 10kg dengan tangan

ULAR tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra, merupakan salah satu spesis ular yang paling digeruni di muka bumi ini.
Gigitannya yang sangat berbahaya dan paling berbisa di dunia ini boleh membuatkan mangsa terkena serangan jantung kerana bisanya boleh menjejaskan sistem saraf seseorang.
Namun, seorang lelaki di Thailand baru-baru ini, seolah-olah tidak gentar dengan reptilia tersebut apabila menangkapnya dengan hanya menggunakan tangan!

Rakaman yang memaparkan kejadian di wilayah Krabi, selatan Thai itu tular di media sosial sebelum ini selepas lelaki berusia 30 hingga 40-an itu berjaya menundukkan haiwan berbisa itu.
Ular yang memiliki panjang sehingga 4.5 meter dengan berat 10 kilogram itu yang pada awalnya cuba untuk menyerang lelaki itu berjaya ditangkap akhirnya.

sumber ;a.awani