Wanita Kahwin Dengan Bekas Suami Lepas 10 Tahun, “Kuat Betul Jodohnya..”

Kalau dah jodoh, pasti takkan ke mana. Soal jodoh ini memang sesuatu yang tidak boleh dijangka dan kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Kisah percintaan wanita ini menarik perhatian ramai apabila dia kembali disatukan dengan bekas suami selepas sepuluh tahun berpisah. Siapa sangka kini mereka kembali menjalinkan hubungan sebagai suami isteri.

Pasangan ini pernah disatukan pada tahun 2009 namun jodoh kedua-dua mereka tidak berkekalan. Hasil perkahwinan itu juga meninggalkan wanita ini dengan seorang anak lelaki. Takdir Tuhan menemukan wanita ini semula dengan bekas suaminya yang kini kembali melamarnya sebagai suri hati.

, wanita ini memberitahu dia dan suami berpisah selepas setahun lebih mendirikan rumahtangga. Namun, pada 20 Mac yang lalu mereka disatukan semula di dalam satu majlis ringkas. Kisah percintaan pasangan ini menarik perhatian ramai yang turut sama meremang mendengar kisah perjalanan mereka ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan terharu melihat kekuatan jodoh di antara kedua-dua suami isteri ini. Bukan senang untuk kembali menjalinkan hubungan dengan bekas suami atau isteri selepas bertahun-tahun membawa haluan masing-masing. Netizen juga tidak lupa menitipkan doa semoga pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.

“Kuat betul jodohnya. Moga bahagia selamanya hingga syurga.”

jodoh
“Indahnya perancangan Tuhan.”

wanita kahwin
“Walaupun dah berpisah 10 tahun, maknanya cinta, kasih sayang anda berdua masih kuat.”

komen

“Alhamdulillah sebak tengok. Happynya anak. Semoga bahagia sentiasa untuk kamu berdua.”

Wanita ini turut berkongsi rasa bahagianya apabila dapat mengembalikan semula anaknya dengan ayah kandungnya selepas lama terpisah. Selain itu, dia juga meminta orang ramai dapat mendoakan hubungan kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.