Setiap orang yang mula bekerja pasti teruja apabila menerima gaji yang pertama dalam hidupnya. Mesti sudah ada perancangan duit gaji itu digunakan untuk apa dan mungkin juga mahu dikongsikan dengan ahli keluarga terutamanya ibu bapa.Wanita Menangis Dapat Gaji Pertama, Mahu Kongsikan Dengan Ibunya Namun Tersilap Transfer ke Akaun Orang Lain – sajagempak.com
Dan itulah yang mahu dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Fahada Bistari yang berniat untuk berkongsikan sebahagian daripada gaji pertamanya untuk ibunya di kampung. Namun begitu, berlaku kesilapan apabila dia mahu memindahkan duit apabila dia tersilap transfer ke akaun orang lain.
Pada mulanya, saudari Fahada Bistari berniat untuk buat kejutan kepada ibu tercinta di kampung, dengan berkongsi sebahagian wang hasil gaji pertamanya.
Namun gara-gara tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap transfer ke akaun milik orang lain. Difahamkan, kebetulan keluarganya pernah berurusan dengan individu tersebut sebelum ini.Wanita Menangis Dapat Gaji Pertama, Mahu Kongsikan Dengan Ibunya Namun Tersilap Transfer ke Akaun Orang Lain – sajagempak.com
Dia boleh cakap, kak sedekah jela nanti dapat pahala…harap orang tu bank in baliklah
Meskipun contact number berjaya dijejaki, tetapi pemilik akaun itu memujuknya supaya dianggap sedekah saja. Sambil menangis teresak-esak, Fahada tidak menyangka dapat respon sedemikian dan berharap agar wang tersebut dapat dikembalikan semula.
Selagi belum selesai, wanita ini bersangka baik bahawa Tuhan sedang menguji dirinya serta kejujuran individu tersebut.
Senangnya dia cakap sedekah, semoga terbuka hati orang tu pulangkan duit…Inshallah pasti digantikan rezeki lebih besar nanti.Wanita Menangis Dapat Gaji Pertama, Mahu Kongsikan Dengan Ibunya Namun Tersilap Transfer ke Akaun Orang Lain – sajagempak.com
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pemilik akaun berkenaan agar terbuka hatinya untuk sudi pulangkan wang milik Fahada.
Dalam pada itu, mereka turut berkongsi beberapa tips untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah rujuk resit pembayaran kepada pihak bank.
Sumber: FahadaBistari