Warga Emas Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik, Persediaan Banjir Musim Tengkujuh!Pelbagai persiapan awal boleh dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir, musim tengkujuh yang diramalkan bermula pertengahan November ini.
Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik
Seorang warga emas di Kampung Tebak, di sini menggunakan kreativiti sendiri membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan menghadapi banjir yang sering melanda kawasan tersebut setiap kali musim tengkujuh.
A Bakar Che Ahmad, 67, berkata, sebanyak 69 biji tong plastik digunakan sebagai pelampung bagi memastikan rumah yang mempunyai lima bilik tersebut terapung dan tidak ditenggelami air.
“SABAN TAHUN, KAWASAN INI SENTIASA BANJIR DENGAN KEDALAMAN AIR MELEBIHI EMPAT METER, JADI SAYA AMBIL KEPUTUSAN BINA RUMAH TERAPUNG INI SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL UNTUK SEBARANG KECEMASAN,” KATANYA KETIKA DIHUBUNGI DI SINI PADA SELASA.
Menurut A Bakar, kejayaannya membina sebuah reban ayam terapung bagi menyelamatkan 60 ekor ayam denak pada tahun 2018 dijadikan inspirasi untuk menyiapkan rumah baharu tersebut.
Warga Emas Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik, Persediaan Banjir Musim Tengkujuh!
Kos Keseluruhan RM47,000
Bapa kepada tujuh anak itu berkata, rumah terapung berkenaan mula dibina pada Februari lalu dan siap sepenuhnya bulan lepas dengan kos keseluruhan berjumlah kira-kira RM47,000.
Walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan, A Bakar tetap berusaha menyiapkan rumah itu sendiri mengikut rekaan seperti yang digambarkan.
Katanya, dua tiang besi turut diletakkan di kiri dan kanan bagi membolehkan ia diikat pada rumah supaya kediaman terbabit kukuh serta tidak dihanyutkan arus banjir.
“SAYA TINGGAL DI SINI BERSAMA ISTERI DAN DUA ANAK, RUMAH LAMA DIBINA DUA TINGKAT MEMANG SERING DINAIKI AIR JADI SAYA BUAT RUMAH INI DI SEBELAH.
“RUMAH TERAPUNG INI MASIH DI PERINGKAT PERCUBAAN SEBAB BARU SIAP, SAYA HARAP IA DAPAT TERAPUNG DENGAN BAIK KETIKA BANJIR NANTI,” KATANYA.
Warga Emas Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik, Persediaan Banjir Musim Tengkujuh!
Sumber: Sinar Harian