Sebuah video yang menunjukkan warga emas minum air longkang tular di media sosial baru-baru ini dan mencetuskan pelbagai komen netizen.
Warga tua yang dikenali sebagai Pannalal, 60, dalam perjalanan ke daerah Kushwaha apabila sebiji pinang miliknya terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.
Dia kemudiannya berhenti untuk mengambilnya dan membersihkannya dengan air bersih.
Beberapa pemuda yang melihat tingkah lakunya dikatakan menawarkannya wang RM112 jika dia sanggup minum air longkang tersebut.
Pannalal dikatakan bersetuju meminumnya selepas mendengar tawaran tersebut.
Semasa ditanya orang ramai, Pannalal memberitahu dia meminum air longkang itu kerana teruja mendapatkan wang pertaruhan tersebut yang diterimanya sebaik sahaja selesai misinya.
Menurut Thefreepressjournal, saksi yang berada di situ mengatakan Pannanal tidak minum air longkang tersebut, sebaliknya minum air yang diambilnya dari perigi berdekatan.
SUMBER;AGENsi