Ya Allah, Sebaknya…”- Bapa Meraung Rindu Anak, Nombor Telefon Kena Block

Kasih sayang seorang bapa memang tiada gantinya. Apa pun sanggup dilakukan olehnya demi memastikan anak-anak sentiasa mendapat kebahagiaan dan membesarkan dengan kesejahteraan hidup.

Walau bagaimanapun, seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ayah apabila sudah dimamah usia. Hal ini sama seperti seorang bapa di laman TikToknya. Sungguh memilukan dan sebak.

BAPA MERAUNG RINDU ANAK, NOMBOR TELEFON KENA BLOCK


Video dikongsi oleh Muhammad Anas meraih satu juta tontonan di laman TikTok, dan rata-rata netizen turut melihat situasi tersebut.

Menerusi perkongsian itu dapat dilihat seorang lelaki menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan sebak dan memakai pelitup muka dan baju berwarna biru tua. Jelasnya juga, dia tidak boleh menelefon atau bertanya khabar mengenai anaknya. Hal ini berikutan tindakan anaknya yang memilih untuk blok nombor ayah mereka.

“Ya Allah, rindu yang teramat sangat. Kenapa sanggup lupakan abah anakku. Dah tak mampu bertahan teramat rindu..” luah lelaki itu menerusi video tersebut.

“YA ALLAH, SEBAK SANGAT…”

Meninjau ke ruangan komen, sudah tentu video itu dibanjiri komen oleh warganet. Ramai dalam kalangan mereka yang sebak dan tidak sanggup pakcik itu dilakukan sedemikian. Semoga diberi kekuatan menempuh dugaan kerana Allah tidak akan menguji jika hambaNya tidak kuat.