Zuriat Penyejuk Mata Dan Hati. Ibu Bapa Mana Yang Tak Ters3ntuh Bila Melihat F0t0 Ini

Terbaca satu artikel beserta gambar yang tular beberapa ketika lalu. Allahu Akbar! Sungguh HEBAT didikan ibu bapa mereka. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah bila besar nanti ya dik…

First and foremost, tahniah kepada ibu dan bapa yang berjaya mendidik dan mentarbiah permata hati mereka dengan baik dan membanggakan… Di dalam al-Quran, Allah merakamkan doa khusus untuk diamalkan bagi memohon kepadaNya supaya dikurniakan anak-anak soleh dan solehah, zuriat ‘Penyejuk Mata & Hati’. Ini membuktikan betapa pendidikan anak-anak adalah suatu perkara yang besar di dalam Islam.

“رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً QS. Al Furqaan: 74)

Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Tunaikan solat walau di mana kamu berada …

Cerita 4 hari lepas, balik ke rumah tengok anak2 dan kawan2nya sedang mandi laut. Disuruh naik untuk solat Asar dahulu. Punyalah sayang nak tinggalkan mandi laut; Ahmad dengan goggles sekali tak cabut. Aduhai anak…

“ Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mendirikan solat dan zuriat kami juga; Ya Tuhan kami perkenanlah doa kami “.

Ali (Imam), ma’mum (Ahmad, Sarah dan kawan2).

Sem0ga di suatu hari nanti, di bahu-bahu merekalah akan terpikul panji2 perjuangan Islam di tanah air kita…Mengikut seorang netizen, mereka ini adalah anak kepada Muhammad Khalil Abdul Hadi dan cucunda kepada bekas Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia…

Zuriat Penyejuk Mata Dan Hati. Ibu Bapa Mana Yang Tak Ters3ntuh Bila Melihat Foto ini

sumber: Muhammad Khalil Abdul Hadi