Serunding ini sangat sesuai dijadikan sebagai menu sampingan dan dimakan bersama nasi putih dan lauk-lauk yang lain. Apabila membuat serunding ini, sangat sedap kalau dibuat dengan rasa yang manis. Tetapi, bergantung juga pada citarasa masing masing ye. Apa anda tunggu lagi? Jom cuba buat!
Terima kasih Roslina Shaari Ina Kie untuk perkongsian resipi Serunding Ikan Kelapa ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin (rebus dan asingkan isi)
4 cawan kelapa parut
10 tangkai cili kering (rendam bagi lembut)*
10 biji cili padi (bagi pedas)*
3 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 sudu makan jintan manis*
3 batang serai*
½ cawan minyak
1 batang kayu manis
2 cawan gula
Sedikit garam
Cara membuat:
Semua bahan yang bertanda ( * ) dikisar.
Tumbuk isi ikan.
Panaskan minyak dan letak kayu manis, juga bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau.
Masukkan kelapa dan isi ikan.
Masukkan Gula dan juga garam. Kacau sampai rata dan masak sehingga kering. Lebih kurang 2 jam.
siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi Roslina Shaari Ina Kie (Facebook)