Cara Mudah Rebus Telur Tanpa Air. Hasilnya Telur Masak Cantik Dan Tak Pecah.

Selalunya telur akan direbus untuk dapatkan telur rebus. Namun cara kali ini agak berbeza dan cukup mudah. Namun hasilnya telur masak cantik dan tidak pecah. Selain menjimatkan tenaga dan masa, nak kopek kulit telur pun senang. Yang penting, telur harus dibasuh dahulu.

Cara :

Lapik rice cooker dengan dua helai tisu. Renjiskan air supaya tisu lembab, kemudian susun telur. Hidupkan suis dan biarkan butang suis naik sendiri.
Biarkan sebentar dan baru buka penutup periuk. Sejukkan dahulu sebelum dikupas.

Sumber : Rozzana Junid