Sejak dahulu lagi sememangnya jemaah haji dan umrah Malaysia yang berada di Tanah Suci terkenal sebagai jemaah yang berdisiplin dan beradab tinggi.
Musim haji pada tahun ini juga telah membuktikan hal yang sama. Keadaan yang sesak serta sempit tidak menjadi halangan bagi para jemaah haji dari negara ini untuk terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam temp0h 0perasi Masyair.
Malahan, ini membuatkan mereka lebih bersemangat memastikan tempat penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa ditempati semasa tempoh persiapan operasi Masyair.
Khemah Lebih Bersih Dari Asal
Tinjauan pihak media tempatan turut mendapati sesetengah khemah jemaah haji Malaysia di Afarah ditinggalkan dalam keadaan yang lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka. Malahan ada antara mereka yang berganding bahu Menyusun tilam, selimut serta bantal dengan lebih kemas dan teratur sebelum berangkat ke Muzdalifah.
Semasa bermalam (mabit) di Muzdalifah pula, rata-rata jemaah masing-masing membawa plastik sampah dan memastikan tiada sisa sampah ditingalkan sebelum bergerak ke Mina dengan bas.
Di celah-celah laluan sempit antara khemah-khemah di Mina turut menyaksikan tiada pembuangan sampah-sarap selain pihak Tabung Haji menyediakan t0ng sampah di pelbagai l0kasi.
Tidak hanya itu, kebanyakan khemah jemaah turut membuat peraturan sendiri dalam mematuhi penjagaan kebersihan sehinggakan ada yang menyusun selipar dengan teratur di dalam dan luar khemah.
Jemaah Malaysia Contoh Terbaik
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia menyatakan keterharuannya dengan sikap jemaah haji dari negara ini. Menurutnya, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia adalah contoh terbaik.
Program Kebersihan Masyair yang mengetengahkan aspek disiplin tinggi ternyata telah berjaya membentuk sikap dan keperibadian terpuji selari dengan misi program itu iaitu Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji.
Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang.
Manakala, keadaan di Mina agak menca,bar kerana bukan sahaja membabitkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam nega,ra lain.
Tahniah buat jemaah haji dari Malaysia yang telah menunjuk keperibadian mulia dan semoga ibadah yang dilaksanakan mereka mabrur. Aamiin ya rabbal ‘aalamiin.
Semoga disiplin serta nilai-nilai murni tersebut terus diamalkan di mana jua serta diterapkan kepada generasi akan datang.
Sumber : Harian Metro/Astro Awani